Artis / Selebriti
” Comelnya anak perempuan Syafiq, kesayangan abah sangat.. ” – Netizen
Gambar Syafiq Farhain Bersama Anak Perempuannya, Nur Eshal Zahra Raih Perhatian Warganet. Alahai Si Bunga Abah, Muka Pun C0py Paste Abah Sangat Ni. Comel Sungguh !!
Beberapa bulan yang lalu, penyanyi yang juga anak kepada Allahyarham Salim Iklim, Syafiq Farhain ada berkongsikan gambar bersama bayi perempuannya. Pada ketika itu, hanya kapsyen pendek dituliskan oleh Syafiq berbunyi ‘ Bunga Abah ‘.
Sukar untuk melihat penyanyi ini berkongsikan perihal peribadi di media sosial. Segalanya hanya tentang kerjaya yang disajikan untuk warganet. Meninjau akaun Instagram isteri Syafiq iaitu Alia Nadia, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Syafiq bersama anak mereka, Nur Eshal Zahra.
Kapsyennya pendek sahaja ‘ blessed ‘ dan nama Syafiq di tag pada kapsyen tersebut. Pada paparan kedua, gambar muka Eshal ditunjukkan separuh mukanya. Comel dan putih kulit Eshal. Komen warganet, wajah Eshal begitu seiras dengan wajah Syafiq.

Untuk rekod, Syafiq telah mendirikan rumahtangga bersama wanita pilihannya, Alia Nadia 10 Oktober 2021. Oleh kerana perkahwinan ini tidak diwar-warkan, ramai yang menyangka Syafiq masih bujang. Eshal pula dilahirkan pada 6 Jun yang lalu.
Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ouhh Bungaaaaaaaaaaaa .. di mana kini kau beradaaaaaaaaa.. masya Allah comelnya anak perempuan Syafiq.. love.. ”
” Daddy syafiq farhain.. Alhamdulillah semoga menjadi anak yang solehah dan berjaya dunia dan akhirat.. ”
” Comel betullll.. tepek-tepek muka abah dia. copy paste muka ayah.. alah comel sangat.. kulit putih, mata sepet2 macam ayah.. hehe.. kesayangan abah sangat.. ”
Pastinya kehadiran Eshal dalam hidup Syafiq dan pasangan membawa lebih kebahagiaan dan ketenangan. Ada si kecil ini mengeratkan lagi kasih sayang antara pasangan ini. Pejam celik, peajm celik, kini Eshal sudah pun berusia 4 bulan dan membesar dengan sihat.

Akhirnya dapat juga warganet melihat wajah kesayangan Syafiq itu. Semoga Nur Eshal Zahra terus membesar dengan sihat, menjadi anak yang solehah apabila dewasa nanti, menjadi insan yang tinggi budi pekertinya serta berakhlak mulia.

Silakan SHARE..
Sumber : IG _alndy, IG Syafiq Farhain, Portal Mstar Online
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

