Artis / Selebriti
” Comelnya anak abah ni, sedap namanya.. ” – Netizen
Jep Sepahtu Tayang Gambar Anak Ketiganya Di Instagram. Alahai Comelnya Dia, Kulit Putih Gebu, Muka Bulat Dan Pipi Labuh. Nama Pun Simple Dan Sedap !!
Pada bulan Mei yang lepas, pasangan selebriti Jep Sepahtu dan Sari Yanti telah pun dikurniakan cahaya mata ketiga yang merupakan seorang bayi lelaki. Meninjau ke akaun Instagram Jep, Jep telah berkongsi gambar cahaya matanya itu kepada umum.
Jep juga turut berkongsi nama yang diberikan kepada puteranya itu iaitu Abu Bakr bin Mohd Nadzri. Perkongsian ini telah meraih perhatian ramai kerana ia merupakan kali pertama wajah Abu Bakr ditayangkan.
Selain itu, ramai memuji nama yang diberikan oleh Jep kepada anaknya itu yang merupakan cukup ringkas dan mudah untuk disebut. Comel sangat Abu Bakr dengan muka dan mata yang bulat serta pipinya yang labuh.

Untuk rekod, pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini iaitu Dariya Inara dan Muhammad Khidir. Manakala Sari Yanti mempunyai dua cahaya mata lelaki melalui perkahwinannya yang terdahulu.
Jom lihat perkongsian di bawah :
Sariyanti turut berkongsi gambar anak mereka di Instagram miliknya :
Perkongsian ini telah menerima lebih 150 komen buat masa ini dalam masa beberapa minit ia dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Alhamdulilah.. rare nama.. comelnya, boleh panggil abu .. Tahniah bang jepirlo.. Betul2 work from home ye jep .. “
” Tahniah abg Jep, sedap nama Abu Bakr. Abu Bakr dah besar nanti jgn sikat tepi, nanti mudah kena bohong, pacak, baru org tak boleh nak makan kita.. “
” Tahniahh boss.. comelnya.. MasyaAllah sedapnya nama.. Mesti si comel ni kelakar org dia. Tgk muka pun comel dan kelakar orgnya .. “
” Sedap nama.. tk perlu letak nama panjang² n nama yng pelik ²… Abu Bakar aka Ash Burn.. semoga membesar dengan sihat & dengar cakap mak ayah .. “
” Alhamdulillah.. comelnya.. tahniah jep. Wah sama nama anak coach..inspirasi dari sahabat nabi saw.. Sempena nama Saidina Abu Bakar ke bang.. “
” Comelnya anak abah ni.. Ma shaa Allah tabarakallah semoga abu bakr membesar dgn sihat dan menjadi anak yg soleh utk abah dan ibu.. “
” Alhamdulillah cptnyo Dy lahir.. tak kaba langsung. rasa baru jah kak sari lahirkn khidir, tup2 post pic ank baru plok doh eh.. “
Tahniah diucapkan kepada kepada Jep dan Sari atas kelahiran cahaya mata mereka. Semoga Abu Bakr membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan di akh1rat. InsyaAllah amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Jep Sepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara anak Abang Jalil, klasik sangat dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia mari dengan blender dan senduk. Geng kitchen, ini kalilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afwa pun join trend ni, bagus dia lead takbir raya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, nangis lagi. Nada dan intonasi ucapan kali ni datang dari hati yang penuh cinta dan berbunga-bunga.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Seorang nak beraya Gombak, seorang nak Shah Alam. Lucu, mengekek kita ketawa tengok dorang ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dah lama Mama Bella pendam tu. Dengan kita sekali nangis dengar Mama cakap.. ” – Komen Netizen

