Artis / Selebriti
” Comel sangat Matin ni tau. Unpredictable hujung hujung tu dia joget, hehe.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak ketiga Shuib, Matin di atas pentas ketika commercial break konsert semi final Talk To My Manager buat ramai terhibur. Tak sangka last last boleh pula Matin berjoget macam tu. Berdekah penonton gelak. Random betul lah Matin ni, haha..
Bagi yang mengikuti perkembangan keluarga pelawak, Shuib Sepahtu pasti akan tertarik dengan telatah anak ketiganya, Ariq Matin. Matin, seorang yang ceria dan setiap kali perkongsian video mengenainya, pasti akan membuat ramai terhibur.
Meninjau di akaun Instagram Shuib, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Matin ketika konsert semi final Talk To My Manager baru-baru ini. Pada minggu ini, Matin turut membuat persembahan bersama kumpulan dikir mengiringi persembahan kakaknya, Thalita.
Menerusi perkongsian video ini, kelihatan Matin dan pengacara rancangan tersebut, Pak Nil bersama-sama berdikir. Namun begitu, setelah itu tidak disangka-sangka, ketika commercial break, Matin sempat berjoget secara random di hadapan penonton-penonton.

Seloroh Shuib di ruangan kapsyen dengan bertanya Matin sebenarnya mengikut perangai siapa. Perkongsian video mengenai telatah Matin itu sehingga kini telah menerima ratusan komen dan ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai video ini dan terhibur dengan telatah Matin. Antara komen-komen menarik adalah :
” Comel sangat Matin ni tau. Unpredictable hujung hujung tu dia joget, hehe.. Janga ditanya perangai dia ikut siapa, sah2 ikut daddy, haha.. “
” Perangai orang yg post kat IG ni lerrrr… Sape lagiii kannn, hahahaa.. Cute betul lah perangai Matin ni.. Kita tengok pun penat ketawa.. “
” Matin ni copy paste daddy lah shuibsepahtu lerrrr, siapa lagi.. Nakal macam ayah dia lembut hati macam ibu dia.. “
” Hahahaha. Kat tv tak de part martin joget tu yer, geram pula kita tengok perangai budak comel ni.. Next year, Matin plk masuk TTM.. “
” Macam bapak dia la kelakar.. Penyeri dan penghibur keluarga ni Matin.. Ada dia mesti meriah rumah kan, hehee comel.. “
” Ulang2 tengok tak jemu.. Matin is so cute and talented.. Random betul perangai dia, memang tak jangka dia nak berjoget.. “
” Matin sgt alert.. Tak dreaming… Bila acu je mic kat dia… Pantas sambung ayat Paknil.. Mcm dah plan.. Terbaik Matin…Ikut perangai pak dia laaa.. “
Matin dan perangai randomnya memang tidak dapat dipisahkan. Tak sangka Matin boleh pula berjoget seperti itu di hadapan penonton yang hadir. Komen warganet, Matin sebenarnya mewarisi sifat kelakar seperti Shuib, namun begitu hatinya lembut seperti arwah ibunya, Siti Sarah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini ialah video permohonan maaf sebab aku rasa aku baca.. ” – Aidid Marcello
-
Artis / Selebriti4 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Adeh belana la daddy, orang punya lah rahsiakan. Macam tu je Shuib reveal eh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia campur 4 buah lagu sekaligus. Sekali lagu Senario pun ada, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lunara ni kalau nak attention, dia akan buat-buat batuk. Dia pandai berlakon.. ” – Intan Najuwa


