Artis / Selebriti
” Comel je Fatima dengan Fattah dan Amira sambut birthday. Amira pandai pujuk Fatima.. ” – Komen Netizen
Video reaksi Fatima Aisya ketika Fattah Amin dan Amira Othman mencium pipinya raih perhatian ramai. Alahai sweetnya semua, comel sangat Fatima. Siapa yang kata Fatima tak okey dengan Amira tu, sila tengok sini yer..
Umum mengetahui majlis pernikahan Fattah Amin bersama Amira Othman ini diadakan pada tarikh hari lahir Fattah yang ke 35 tahun. Ketika majlis tersebut turut diadakan sambutan hari lahir Fattah yang dikejutkan oleh isteri yang baru dinikahinya, Amira.
Meninjau ke akaun Tiktok Nadsy, perkongsian sebuah video yang memaparkan sambutan hari lahir Fattah dengan sebuah kek telah meraih perhatian ramai orang. Turut berada di situ ialah Fatima Aisya yang tidak mahu berenggang dengan bapanya.
Apa yang dipuji oleh netizen ialah gelagat Amira yang mampu mengambil hati Fatima yang pastinya belum memahami sepenuhnya apa yang sedang berlaku. Pasangan ini turut merakamkan gambar bertiga dengan mereka mencium pipi Fatima.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 22 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Amira juga dilihat tidak kekok melayan kanak-kanak dan Fatima sangat bertuah kerana mempunyai dua orang ibu yang cantik serta baik.
Jom tonton video di bawah :
@nadsygirl Comel je Fatima dengan Fattah dan Amira sambut birthday
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Cara dia lap pipi fatima sama mcm dia lap tangan fattah lepas cium sbb dia risau lipstik melekat dkt diorg sweetnya amira ni setiap perlakuan kecil dia betul2 menunjukkan dia wanita yang baik hati.. “
” Amira smooth je dia x try hard.sbb budak baya fatima perlukan masa.x boleh paksa2.AMIRA YOU ARE COOL ONE.. “
” Semoga yg baik2 saja lepas ni. Dah2la kutuk kecam fazura ya gais. Masing2 dh move on. Kita doakan je dorg yg baik2. Maka nanti yg baik2 laa akn jadi.. “
” Fatima omey arr, you such lucky girl dear..have kind mother like Fazura, very good father like Fattah Amin and beautiful+ Intilegent step mother like Amirah .. “
” Yang obvious.. AO memang pandai handle the moment..tu je I nak comment.. have a blessed marriage to both FAAO.. may it last till jannah.. Comey Fatima amira pandai pujuk fatima.. “
” Sumpah Amira x nmpk kekok dgn budak.. pd yg tnya knp fatima ada celah2 situ sbb anak dia merap nk p duduk kt papa dia… so smua kna akur… princess kesayangan tuh… “
” Fazura pernah ckp fatima tu pemalu…normal la tu dia mcmtu.dikeliling org yg dia tak biasa. soon dia akn okay.Thanks to fazura sbb bgi nyamma hadir hri bhagia bpk dia..itu sokongan positive.. “
Diharap selepas ini tiadalah yang memberi komen yang bukan-bukan tentang mereka. Tidak perlukan lah kita melaga-lagakan pihak Fattah, mahu pun bekas isterinya, Fazura. Sama-sama kita mendoakan yang terbaik untuk Fattah, Amira, Fatima dan tak lupa juga untuk Fazura.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Nadsy, IG Unifi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu dulu takde ek upload moment gini. Nak tunjuk pandai jaga anak ke macam mana ek ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak pernah lagi I kerjasama dengan model macam ni.. ” – Anzalna Nasir
-
Artis / Selebriti4 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bijaknya Raudhah ni. Syok dengar Raudhah speaking, ada slang macam Cess jugak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya sedang mencari mummy saya. Mana mummy saya.. ” – Thalita

