Connect with us

Artis / Selebriti

” Comel je bunyinya bila bercakap utara. Berapa kali take ni, hehe.. ” – Komen Netizen

Video menantu Sheila Rusly, Beatrice Chitra bercakap loghat utara buat ramai terhibur. Comel je dengar slang orang Indonesia cuba cakap utara. Terkejut Mika dibuatnya, hehe..

Bagi yang gemar mengikuti perkembangan Sheila Rusly dan keluarganya di Instagram, pasti mengetahui bahawa Sheila merupakan seorang yang cukup rajin memasak. Sheila juga sering berkongsi pelbagai resepi menarik kepada para pengikutnya hingga menjadikan akaunnya sebagai antara rujukan buat pencinta masakan.

Bak kata pepatah ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, dua orang menantu Sheila iaitu Elisya Sandha dan Beatrice Chitra juga dilihat cukup mahir di dapur. Kehebatan mereka memasak sering mendapat pujian ramai dan menjadikan keluarga ini sinonim dengan dunia kulinari.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Beatrice, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan dirinya menyediakan resepi pepper lunch dengan gaya tersendiri bersama suaminya, Mika. Perkongsian tersebut dengan pantas meraih perhatian warganet yang tidak sabar untuk mencuba menu berkenaan.

Namun begitu, apa yang lebih mencuri perhatian bukan sahaja pada resepi yang dikongsikan, tetapi telatah Beatrice yang bersahaja menerusi video tersebut apabila dilihat cuba bercakap menggunakan loghat utara yang pekat mencuit hati ramai penonton yang mendengarnya.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :

” Comel je bunyinyer bila bercakap utara. Brapa kali take ni, hehe.. Okla BG 10/10 sebab you kelakar sangat, haha.. “

” Alamak.. Dah pandai cakap utaqa.. Kedah pekan cmpoq kedah baling ka nie, hahaha comeii laa aiii dengaq.. “

” Boleh la tu ade jge bunyi2 utara skit.. Nanti belajar lagi, lama-lama pandai lah.. Boleh pindah duduk Kedah.. “

” 5/10..yg penting effort tu .. Btw nampak menyelerakan lah.. Bahan2 dah ada kt rumah ni, i tggu kerajinan datang je, hehe.. “

” MasyaAllah sedapnya Beatrice.. Looks exactly the same kat restaurant pepper lunch. Good job. Great effort too ckp orang utara. Just too cute.. “

” Fuhhh tu slang utara versi mana tu hahahahah.. Kita dengar pun dah macam loghat belah2 siam nu, haha.. “

”  Awat bunyi mcm siam bercakap..  Ehhh i pun mcm ada je semua bahannn tu. Tp satu tak ada, kerajinan.. “

Ramai yang mengakui terhibur dengan gelagat Beatrice yang spontan dan menceriakan suasana. Jelaslah bahawa selain berbakat dalam masakan, keperibadian yang ceria dan bersahaja itu turut menjadi daya tarikan utama buat dirinya di media sosial.

Silakan SHARE..

Sumber : IG beatricechitra

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific Perfect Cushion

Trending

Copyright © Berita Kopak