Artis / Selebriti
” Comel anak Izara. Yang si adik tu ada dimple. Cute sangat dia senyum.. ” – Komen Netizen
Video Terbaru Izara Aishah Bersama Anak-Anaknya Raih Perhatian. Alahai Makin Comel Irisa Alaia Dan Adiknya, Amara Amina. Geram Tengok Amara, Senyum Terus Nampak Lesung Pipit. Cute Sangat !!
Sebut sahaja nama Izara Aishah, pastinya warganet akan terbayangkan wajah manis menantu Dato’ Sri Siti Nurhaliza ini. Izara antara selebriti yang sangat menjaga privasinya lebih-lebih lagi perihal anak-anaknya, Irisa Alaia dan Amara Amina. Jarang untuk Izara berkongsi gambar anak-anaknya itu di media sosial.
Menerusi entry terbaru Izara di akaun Tiktok miliknya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Izara bersama Adib, Alaia dan Amara. Izara turut menulis di ruangan kapsyennya ini antara kenangan peribadi yang telah dipilih untuk tatapan peminat.
Wajah comel Alaia dan Amara menarik perhatian ramai. Susah untuk melihat Izara memuatnaik video anak-anak seperti ini. Untuk makluman, Amara yang sudah pun 11 bulan usianya ini bakal menyambut ulangtahun pertama pada bulan hadapan.

Senyuman Amara membuatkan ramai yang geram melihatnya. Kelihatan lesung pipit di wajah Amara ketika Amara tersenyum. Warganet turut tumpang gembira melihat kebahagiaan Izara bersama keluarga kecilnya ini. Ibu dan anak sama-sama cantik dan manis, tak jemu mata memandang.
Jom tonton video di bawah :
@izaraaishahofficial Im back posting my personal vids here. No more selling on tiktok. Only some personal memories that i carefully choose to show to my followers.
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Beranak ramai-ramai cahhh. cantik comel sangat-sangat masyAllah.. kalau anak lelaki mesti handsome.. ”
” Dua dua comel mcm mommy diorang.. asal comel sangat si kecik tu. geram tengok dia senyum.. mix muka ayah dan ibunya.. ”
” Comel-comel anak Izara ni. Beranak lagi please izara.. Anak u comel2 sgt ni. Persis anak hindustan.. Kita tumpang happy je.. ”
” Anak kedua macam Alisa aisyah masa kecik-kecik. yg sulong ikut mak yg 2nd ikut ayah. Dedua comelll eii geram.. ”
” Masalahnye sekarang anak2 dy dengan mak dy sekali sama cantikk.. Bahagianya tengok macam ni.. ”
” Maknya cantik, auto anak-anak 2 kali ganda cantik.. Dua dua comel yg kakak muka mommy adik iras daddy.. ”
” Comel sangat-sangat, besar mesti cantik ikut mak ayah dia.. yang si adik tu ada dimple.. cute sangat dia senyum dengan gigi 2 batang tu.. ”
Alhamdulillah rezeki Izara dikurniakan anak-anak yang comel sama seperti Izara. Bak komen warganet, muka Alaia mirip Izara dan Amara pula mirip Adib. Semoga anak-anak Izara ini menjadi anak yang solehah dan selalu menghiburkan hati Izara dan Adib.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Izara Aishah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti2 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti7 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa bijak sangat ni Lala. Menekan sungguh ye headvoice tu, haha.. ” – Komen Netizen

