Artis / Selebriti
” Comel Afwa dan Aafiyah berjubah.. ” – Netizen
Video Gelagat Comel Anak-Anak Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Siti Aafiyah Dan Muhammad Afwa Di Masjid Sempena Sambutan Israk Mikraj Dan Doa Selamat. Part Yang Afwa Tak Nak Pakai Kopiah Tu Sampai Berkerut Muka Afwa, Hehe !!
Umum mengetahui yang Dato’ Seri Siti Nurhaliza mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang perempuan dan seorang lelaki. Memilih nama Siti Aafiyah dan Muhammad Afwa, kedua anak-anak Dato’ Seri Siti ini kelihatan begitu comel.
Meninjau di akaun Instagram fans milik Afwa telah berkongsi beberapa video terbaru yang diambil menerusi IG Story Dato’ Siti. Menerusi video-video itu, Aafiyah dan Afwa telah menemani Dato’ Seri Siti ke masjid untuk menghadiri sambutan Israk Mikraj dan doa selamat.
Aafiyah dan Afwa kelihatan begitu comel mengenakan jubah berwarna putih. Menerusi video pertama, Aafiyah yang turut mengenakan tudung sedang bermain bersama anak-anak saudaranya yang lain. Manakala menerusi video kedua pula memaparkan gelagat comel Afwa yang sedang duduk bersama pengasuhnya di dalam masjid.

Kelihatan pengasuh Afwa ingin memakaikan kopiah kepada Afwa, namun Afwa telah menanggalkannya dengan membuat mimik mukanya seakan tidak suka. Perkongsian tersebut telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, ada netizen menyukai perkongsian ini dan memuji kecomelan Afwa serta Aafiyah. Komen tersebut adalah :
” Mashaallah. Alhamdulillah. Aamiin Allahumma Aamiin. Salam israk mikraj.. Comel Afwa dan Aafiyah berjubah.. “
Comelnya gelagat Afwa, meskipun si kecil ini memang susah memberikan senyuman namun sekali Afwa tersenyum membuatkan ramai yang cair melihatnya. Makin membesar, saling tak tumpah wajah Afwa seperti ayahnya, Datuk Khalid.

Jangan tak tahu, Aafiyah dan Afwa juga mempunyai ramai peminat yang setia mengikuti perkembangan mereka. Apa-apa pun semoga anak-anak Dato’ Seri Siti ini terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta solehah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG muhdafwakhalid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman

