Artis / Selebriti
” Cerita tu bukan dibuat baru sekarang tau. Cerita tu dibuat sebelum kes Fattah yer.. ” – Erma Fatima
Sahkan Fattah Amin Bakal Berlakon Untuk Drama Barunya, Jawapan Erma Fatima Sebab Ambil Fattah Berlakon Raih Perhatian Ramai. Memang Win Betul Kata-Kata Erma. Part Jalan Cerita Tu, Gelak Betty Rahmad Dengar, Hehe !!
Nama Fattah Amin antara yang paling hangat diperkatakan warganet sekarang. Fattah juga mencipta sejarah apabila sesi live Tiktoknya mencapai 20 juta likes daripada warganet. Baik lakonan mahu pun duta produk, Fattah kini menjadi buruan ramai pengarah dan juga founder.
Meninjau entry di akaun Tiktok Watieysoong, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan perbualan antara pengarah terkenal, Erma Fatima dan adiknya, Betty Rahmad. Erma membuka cerita mengenai drama barunya yang akan memulakan penggambaran pada bulan November ini.
Puteri Balqis dan Izara Aishah antara yang akan berlakon dalam drama ini. Betty bertanyakan sama ada Fattah juga diambil dan Erma mengiyakannya. Satu soalan daripada Betty dijawab oleh Erma iaitu mengapa Fattah dan tidak Fazura yang diambil untuk membintangi dramanya.

Jawapan Erma cukup simple, Erma mengatakan Fazura sudah kaya dan dia cuba membantu orang yang memerlukan duit dan pekerjaan. Erma memahami berlakon adalah salah satu cara untuk Fattah mencari nafkah bagi meneruskan kehidupan. Bagus pemikiran Erma dan ianya meraih pujian daripada warganet.
Jom tonton video di bawah :
@watieysoong @Betty Rahmad | Sambal Queen @erma fatima @Fattah Amin
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 14 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ouh betul laa lepas tamat drama LMT kak Erma ada bg tau dah drama tayang bulan Ramadhan tahun depan tajuk Hijab Kekasih , nihh rupanya sinopsisnyaa.. “
” Fattah memang jadi anak umie aida jelah ek hehe.. Lelaki Melayu Terakhir pun jadi anak Umie Aida.. “
” Setuju pendapat kak emma… pelakon sumber rezeki fattah.. semoga dipermudahkan urusan kak ema dan team.. “
” Terbaikla kak Erma suka tlg org yg memerlukan, semoga murah rezeki kak Erma sekeluarga, amin.. “
” Bagus kak Erma.. niat tolong dan memahami.. Betul Fazura dah kaya dan Fattah kerjanya lebih kepada sebagai pelakon.. terima kasih kak erma menjadi orang yang cukup baik.. “
” Fattah keluar tv.. memang kitorg anak beranak tgk laaa cter nya nti.. Erma Fatima ni walaupon nampak outspoken tapi hati baik.. “
” Nampak sayang betul kak Erma dengan Fattah. selalu berkongsi rezeki dengan Fattah. sebab tu rezeki kak erma murah selalu.. “
Erma seorang yang profesional dan pada Erma, baik Fattah mahu pun Fazura kedua-duanya adik-adik kesayangannya dalam industri. Semoga drama Erma yang bakal disiarkan pada Ramadhan tahun hadapan akan menjadi fenomena dan mendapat rating yang tinggi.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Watieysoong
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti5 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

