Connect with us

Artis / Selebriti

” Cerdiknya Abang Bilal, semangat dia sebut kalimah Allah.. ” – Netizen

Video Terbaru Anak Sulung Neelofa, Muhammad Bilal Sudah Pandai Menyebut Kalimah Allah Raih Perhatian Ramai. Wah Jelas Betul Sebutan Bilal. Comel Bilal Sebut Nama Allah Sambil Tersenyum !!

Muhammad Bilal merupakan anak sulung kepada pasangan Neelofa dan Haris Ismail. Dilahirkan pada 29 Januari 2022, Bilal bakal berusia 2 tahun pada bulan hadapan. Bilal dididik dan diasuh dengan baik oleh Neelofa dan Haris dan pada usianya itu juga, Bilal sudah pun bergelar abang.

Sebelum ini, Neelofa banyak berkongsikan kegiatan Bilal ketika berada di rumah menerusumi Instastory miliknya. Bilal seorang anak yang aktif dan mudah dijaga. Neelofa ada caranya tersendiri dalam mengatur jadual harian Bilal agar terisi dengan pelbagai aktiviti.

Klik gambar untuk info..

Meninjau akaun Instagram lovemeorwoome, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bilal ketika sedang disuap makan oleh Neelofa. Bilal dengan lancarnya menyebut perkataan ‘ Allah ‘. Sebutan Bilal kedengaran cukup jelas sampai mukanya tersenyum.

Neelofa juga ada berkongsikan di Instastory miliknya mengenai Bilal yang sudah boleh menyebut huruf hijaiyah dan mengira 1 sehingga 20. Tidak itu sahaja, Bilal juga boleh membaca surah Al-fatihah dan surah pendek yang lain serta selawat. Baru berusia 1 tahun 10 bulan sudah sepandai ini, hebat didikan Umi dan Abah Bilal ni.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian Neelofa di IG Story miliknya :

Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Air muka dan mata jernih ciri-ciri budak cerdik.. cutenya, alhamdulillah pandai sebut yang satu.. Allah.. ”

” Masya Allah, comel dan cerdiknya Abang Bilal.. handsome anak soleh abah dan umi ni.. jelas betul Bilal sebut Allah tu.. suara macho lah hehe.. ”

” Bijak Bilal ni, handsome boy sangat. MasyaAllah hebat Muhammad Bilal hensem ni.. Alhamdulillah.. didikan ummi dan abah dia.. ”

” Abang Bilal.. awak ni apa? pandai dia ajak bergurau dgn ummi. tggu besar ckit jer lg abah bawak g jemaah di masjid.. ”

” MasyaAllah cute handsome boy, siap semangat lagi sebut kalimah Allah. Adoiii handsome nya baby boy ni geram sngt tngk dia.. ”

” Tgok mulut dia macam ayahnya, combination lofa haris sangat bilal ni.. abang bilal senyum mcm muka abah dia.. ”

” Next level betul kecomelan nya.. MashaaAllah.. bijak sangat abang Bilal ni. Baru nampak jelas sikit muka Bilal. MasyaAllah ciptaan tuhan.. ”

Klik gambar untuk info..

Alhamdulillah apabila betul didikan dan asuhannya, pasti akan membuahkan hasil. Bak kata pepatah anak ini seperti kain putih dan ibu bapa lah yang mencorakkannya. Semoga Bilal terus diberikan kelapangan hati untuk belajar perkara baru setiap hari dan menjadi anak yang bijaksana serta soleh.

Silakan SHARE..

Sumber : IG lovemeorwoome, IG Neelofa

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT