Artis / Selebriti
” Cepatnya mak tiri berubah, haha. Ini baru betul-betul mommy.. ” – Netizen

Video Lakonan Watie Hanifiah Bersama Talita Buat Warganet Terhibur. Fuh Mommy Dah Jadi Singa Jadian Lah Sekarang. Part Suara Setahun Tu Memang Berderau Dengar, Daddy Pun Boleh Kecut Perut. Jaga-Jaga Watie, Atok Raissuddin Is Watching. Haha !!
Hari demi hari, semakin terserlah sifat suka berjenaka isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah. Watie yang dahulunya ramai sangsi akan keikhlasannya menjadi mommy ‘segera’ kepada anak-anak Shuib kini mula disayangi oleh ramai orang.
Selain membuat product review di media sosialnya, Watie banyak berkongsi video lakonan spontan bersama Shuib dan anak-anak. Selalunya Talita lah yang menjadi peneman lakonan mommy Watie dan kali ini Watie membuat warganet berdekah gelak melihat aksinya.
Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Watie berlakon karakter ibu tiri dari awal berkahwin sehingga usia setahun. Lakonan Watie ini bersahaja dan nampak seperti real. Lagi-lagi intonasi suaranya itu. Pandai berlakon rupanya Watie ni.
Ketika baru-baru bergelar ibu tiri, lembut sahaja suaranya memanggil anak. Masuk usia sebulan, mula berubah intonasi suaranya. Capai tempoh setahun, jadi bertambah garang. Memang boleh buat anak kecut perut mendengarnya. Lantang sungguh suara, siap jeling mata lagi eh Watie, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian oleh Watie ini telah pun meraih hampir 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tonasi berubah tu kelakar..hahaha.. To be honest, I’ve experienced worse than this haha.. dari lembut auto jadi singa haha.. ”
” Mami punya mencuci 1tahun pili air buka. Boleh reput jari jatuh masuk lubang sink haha.. Dgr2 sampai skrang kak Watie masih cuci cawan lagi.. ”
” Saje ulang2 biar mmy penat menjerit haha.. Amboi mommy, muka tu haha.. Senget-senget mulut mummy menahan gelak haha.. ”
” Awas Atok is watching haha.. mommy makin garang ke haha.. ini klu jerit…. tidorrrr anak-anak dengan dedinya skali p tidor haha.. ”
” Hahhaakk memang real. Ada jadi singa jugak tu haha.. Makin lama volume dia makin naik haha.. lucu la watie ni.. ”
” Garang-garang pun sebut thank you.. spoil lah dah tak jadi garang haha.. suka tgk watie ni… makin lama makin kelakar.. ”
” Ini baru betul-betul mommy haha. cepatnya mak tiri berubah haha. Aku geram sungguh dia ni, dengan tudung senget dia tu. nak gelak tengok mommy jadi garang.. ”
Normal lah jika suara mak-mak bertukar intonasi menjadi ‘singa jadian’. Part Watie bersuara lantang, memang gerun mendengarnya. Lakonan Watie memang mantap lah, boleh asah bakat menjadi pelakon. Ini cuma lakonan yer, jangan ada yang kata Watie sudah berubah menjadi ibu tiri yang jahat pula, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago
” Makin besar family Ashraf Muslim. Simple je nama anak, tak perlu pelik-pelik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen