Connect with us

Artis / Selebriti

” Cara kau kontrol emosi dekat mahkamah sangat hebat, aku salute kau.. ” – Janna Nick

Video Fattah Amin menjawab pertanyaan Janna Nick dalam satu podcast mengenai isu Fattah seperti tidak ada perasaan dan tidak beremosi setelah apa yang berlaku pada dirinya. Ini jawapan Fattah..

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Syakila Dream, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan Fattah Amin muncul sebagai tetamu di podcast Melodi Up-Close yang dihostkan oleh Janna Nick. Banyak soalan sensasi yang diajukan oleh Janna kepada Fattah antaranya persoalan mengenai tahap kesabaran Fattah.

Kata Janna, dia sendiri pelik dengan kesabaran Fattah dan mahu tahu bagaimana Fattah boleh menjadi setenang itu dalam menghadapi pelbagai dugaan dan kecaman netizen. Jawapan Fattah cukup senang dan ianya menjawab segala teka-teki warganet.

Fattah juga sama seperti orang lain ada perasaan dan rasa amarah namun cara Fattah untuk mengawal emosinya dikagumi oleh warganet. Prinsip yang Fattah pegang adalah kunci untuk dirinya sentiasa tenang dan terus bersabar dengan apa jua ujian yang datang.

Kagum Janna mendengar jawapan daripada Fattah itu. Tidak mustahil, pengurus Fattah, Aca sendiri naik geram dengan kesabaran Fattah melayani kecaman yang datang bertubi-tubi. Tidak perlu naik angin dan marah-marah melulu kerana orang yang sabar pasti ada manis pada akhirnya.

Jom tonton video di bawah :

@mimpi_syakilla

Fattah Amin Tak Ade Perasaan Ke Melodi Up-Close With Fattah Amin Tonton Video Penuh Di Aplikasi Tonton

♬ original sound – Syakila Dream – Syakila Dream

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Fattah letak smua pd Allah..sbb tu dia tenang ape pon trjadi..dia tk letak smua hrapan dn hidup dia pd MANUSIA smata..tu beza org beriman & tidak.. “

” Cara Fattah menjawab soalan ni bijak. Fattah tak sembrono beremosi sebab dia tahu status statement di medsos akan beri kesan pada Fatima.. “

” Sabar ni kau tak boleh buat2 ye. Sabar ni daripada Allah ye. Allah hanya beri Sabar pada orang yang terpilih. Allah bersama orang2 yang sabar.. “

” Itulah yang dinamakan ‘kelas’ steady Fattah.. Terbaik Fattah Amin. Redho apa yg terjadi dah ketentusn Allah. Fattah dan keluarganya kuat pegangan agama sebab itulah.dia terims dgn hati yg tenang.. “

” Nampak Fattah cool je tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu.. Tahap kesabaran dia ni memang tinggi, walaupun macam macam haters kecam dia., tak pernah lagi dia nak balas.. “

” Salute Fattah, memang sesuai jadi idola. Fattah tahu dia ramai pengikut, dia bertindak guna akal bukan perasaan.. aku puji Fattah dia sangat yakin dengan takdir Allah.. “

” Maksudnya dia hebat dlam memahami takdir allah,dia berjaya buat bnda 2,kira dia ada 1 prtahanan dlm diri yg kuatlah untuk handle diri dri dipengaruhi perasaan ni.. “

Redha dengan qada dan qadar Allah dan pastinya Allah aturkan jalan cerita yang cukup manis dan sempurna untuk kita. Pegangan Fattah yang boleh dijadikan inspirasi untuk semua dalam menghadapi segala ujian Allah. Semoga Fattah sentiasa dirahmati Allah dan memiliki bahagia yang diharapkan.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Syakila Dream, IG Thefa_team

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak