Connect with us

Artis / Selebriti

” Cara Ina menangkis bidasan orang sama dengan arwah SS dulu. Puas hati akak mendengarnya.. ” – Komen Netizen

Dihina kerana bermulut senget, jawapan Ina Naim raih pujian ramai. Sebijik sama macam cara arwah Suhaimi Saad menjawab dulu. Win sangat ayat Ina.. 

Selepas ketiadaan arwah Suhaimi Saad, Ina Naim meneruskan kehidupannya bersama anak-anak. Kini Ina sudah pun berumahtangga dan masih lagi aktif di media sosial. Ina menjalin ukhuwah dan memberi kata-kata nasihat kepada warganet sama seperti yang arwah Suhaimi lakukan dahulu.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Ina Naim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina menjawab satu kecaman daripada seorang warganet. Ianya menyentuh mengenai mulut Ina yang dikatakan senget. Ina tidak mudah melatah dan memberikan jawapan yang terbaik untuk warganet ini.

Kata Ina, mulut sengetnya itu bukan kerana Ina melakukan apa-apa suntikan tetapi itu adalah kurniaan Allah untuk dirinya. Sekali pun kelihatan tidak sempurna, Ina bersyukur kerana mulut itu lah yang selalu mengalunkan zikir dan memuji kebesaran Allah.

Tambah Ina lagi, tidak guna berwajah cantik sekiranya kita langsung tidak mengingati Allah. Ina juga ada menyebut, mungkin sekiranya Allah memberikannya kesempurnaan, dia boleh menjadi sombong dan lupa diri. Setiap apa yang Allah berikan pasti ada sebab dan kebaikannya.

Jom tonton video di bawah :

@inanaswmfqk

Biarlah Mulut Senget 😂 #esekeli #berandafyp #foryoupage❤️❤️ #berandatiktok #foryoupage #foryou #fypage #fyp #inanaim #fypシ゚

♬ original sound – Ina Naim – Ina Naim

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Cara Ina menangkis bidasan org sama dgn arwah SS dulu. Puashati akak mendengarnya. Alhamdulillah..arwah meninggalkan amalan berterusan.. “

” Tengok cara kak ina.. cara ckp cara riaksi.. rasa mcm tengok live arwah ss.. dah mcm cara SS … Ina dah pandai jwp komen … pandai bidas komen negatif.. “

” Setuju. Kdg sy pon terfikir Allah bg aku xcntik sbb klu aku cntik agk nye aku tayang smua nye kat public. Nauzubillah. Syukur la aku xcntik.. “

” Setuju sgt kak Ina… Mulut kurniaan Allah sebaiknya guna berzikir byk pahala daripada mulut yg cantik digunakan utk menghina ciptaan Allah.. “

” Bagus sgt jawapan kk ina.. Bagus nye ina naim.. Untung suaminya.. Subhanallah.. Semoga sentiasa dlm. Lindungan Allah selalu.. “

” Ina Naim skg lbh tegas dan berani mensihatkan org. Teringat arwah SS waktu menangkis tohmahan dulu… besar-besarkan mata… lps tu ketawa terbahak-bahak.. “

” Ina naim sentiasa cantik dari dulu sampai skrg, saya suka cara Ina sopan santun serta ciri wanita solehah, sbnrnya org yg suka menghina orang tu dialah berhati keji ada masaalah dlm hatinya.. “

Betul apa yang dikatakan oleh Ina, semuanya adalah ciptaan Allah dan siapalah kita untuk menghina dan mengeji ciptaan Yang Esa. Semoga apa yang Ina cuba sampaikan dapat diterima dan difahami oleh orang yang mengecam Ina. Bersyukur lah sentiasa dengan apa sahaja yang Allah berikan, pasti hidup akan tenang dan bahagia, Insha Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Inanaswmfqk

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cute Sanrio Tumblers
Bohemian Handbag

Trending

Copyright © Berita Kopak