Artis / Selebriti
” Cara Hayder cakap tu macam dah lama pendam tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video anak sulung Eyra Hazali, Hayder Qhalish meluahkan rasa tidak puas hatinya gara-gara terasa dipinggirkan buat warganet terhibur. Adui Hayder ‘bin tak payah’ ni, ayat dia memang random betul. Berlari mama kejar Hayder..
Eyra Hazali dan Haziq Nadzli telah pun dikurniakan dengan 3 orang anak lelaki. Anak sulung mereka, Hayder Qhalish seringkali mencuri perhatian ramai dengan telatah dan celotehnya yang comel. Hayder seorang abang yang penyayang terhadap adik-adiknya, Andra dan Hud.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Eyra Hazali, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Hayder ketika melihat papanya bercakap bersama Andra dan Hud. Haziq mendukung Hud, manakala Andra pula didukung oleh seorang lelaki. Haziq bertanyakan kepada Andra, adakah dia mahu bergambar bersama mama dan papa.
Hayder yang memerhatikan gelagat papa bersama adik-adiknya mencelah bertanya bagaimana dengan dirinya. Hayder anak yang bijak dan sangat panjang akal. Dia bertanya, dia juga lah menjawab pertanyaan dan membuat kesimpulan atas jawapan yang dia berikan.

Jawapan Hayder yang seakan-akan luahan hati seorang anak sulung ini mendapat sokongan daripada ramai warganet. Eyra sendiri terkejut mendengar ayat daripada Hayder itu dan menafikan tanggapan Hayder itu. Laju pula Hayder berlari meninggalkan mama dan papa.
Jom tonton video di bawah :
@eyrahazali21 Anak sulung oh anak sulung 😂🤍 1 malaysia suka awak tau !
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha cakap je terus terang senang.. bagus hayder, buat semua mak bapak tersedar arini. Thank you ketua, Louderrr.. “
” Terima kasih hyder mewakili suara hati acik.. Dh 32 tahun pendam sejak aunty dapat adik haha.. dari aunty long .. “
” Kami ahli-ahli Persatuan Anak2 Sulung bersepakat melantik Hayder menjadi tuan pengerusi… Yeahhh.. Saya paling suka hayder sebab hayder paling hensem & comel kalah adik2.. “
” Dia ni memang comel dan random.. terima kasih tolong sampaikan yang dah 20 tahun aku pendam dik.. “
” Hayder cepat pack baju, aunty gie ambik hehe.. aunty anak sulung .. aunty syg hayder.. Kan abang. Semua orang dah tak sayang kita.. “
” Yang kecik tu pon, terasa hati jugak ke mencebik je jeles ke haha.. kuat lagi Hayder, ank sulung semua ada dekat belakang Hayder.. “
” Dia tnya, dia jawab, dia buat kesimpulan. patut la hayder letak nama hayder bin tak payah sbb dia ingat family dah tak sayang dia haha.. “
” Cara Hayder cakap tu macam dah lama pendam tu haha.. yang random je keluar dari mulut Hayder ni.. itu la perasaan anak sulung bila tgok adik2 dia tapi comel la hayder ni.. “
Lama Hayder pendam perasaan itu agaknya, sekali terkeluar dari mulut Hayder, boleh cuak mama dibuatnya. Hayder betul-betul mewakili seluruh anak sulung seMalaysia. Apa-apa pun, bukan hanya sekadar mama dan papa Hayder tetapi ramai lagi seluruh negara yang sayangkan Hayder tau.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eyra Hazali , IG Hot FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti4 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh pergi jauh ni Uwais. Suara tangkap leleh, ada vibe Aizat Amdan.. ” – Komen Netizen

