Artis / Selebriti
” Cantiknya mak mertua. Dia makan apa, nampak sama macam Akiko je.. ” – Komen Netizen
Muatnaik video bersama ibu mertua di Jepun, perkongsian Ridzokumura raih perhatian ramai. Wah cantiknya ibu Akiko, dah macam kakak dan adik je bila berdiri sebelah Akiko..
Ridzokumura atau Ridz merupakan seorang usahawan salun yang terkemuka. Untuk rekod, Ridz telah berkahwin dengan seorang wanita Jepun bernama Akiko dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Sky. Ridz juga merupakan bapa saudara kepada Zarina Zainuddin.
Meninjau ke akaun Instagram Ridz, perkongsian Ridz yang memaparkan wajah ibu mertuanya telah meraih perhatian ramai. Ridz kini berada di Jepun pulang ke kampung halaman isterinya. Sememangnya setiap tahun mereka akan terbang ke Jepun.
Menurut Ridz, dia memuatnaik video ibu mertuanya itu atas permintaan ramai yang ingin melihat wajah ibu mertuanya. Apabila bersama Akiko, nampak seperti adik beradik sahaja. Patutlah Akiko cantik orangnya, ibunya juga cantik.

Perkongsian Ridz ini telah menerima lebih tiga ribu dan dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Kecantikan ibu mertua Ridz ini kini diwarisi oleh anaknya, Akiko. Ibu mertua Ridz juga nampak begitu sihat walaupun sudah berusia.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai memuji kecantikan ibu mertuanya dan juga isterinya. Antara komen-komen yang diberikan :
” Cantiknya mak mertua adik…mcm baru 30an je…mak akk age 83 pun nmpk mcm 50an…cuma sejak dapat vksin tk kuat jln dia…mata pun terang lg.. “
” Npknya saya dh bole mula mkn sayur byk2 biar muda sllu .. Mak mertua cantik mcm Akiko , n betul ke 80 thn? Mcm in umur 50’s jek..Masih nmpk muda.. “
” Cantiknya mak Akiko.. cm umur 50an . Marily kita mkn rumput ari2.. bak Kata ridz.. tumpuhlh kome mkn rompot .. moga siht mil ridz.. “
” Bang….akiko ni ada adik prmpuan yg single tk…..tiba2 terasa tersuka nk mkn sushi.. riang n happy .. sb nmpk ank n mak mcm rakan sebaya.. “
” Masyaallah Subhanallah..mudanya mak mertua .I wish I Tua akan jadi macam mcm ni juga .Bertenaga & nampak muda .. “
” Looking young n healthy your mum in law. Mcm Kakak dan Adik npk muda emak akiko. X nampak usia pun mil tu wan.. dia makan apa? Sama mcm akiko je.. macam kakak .. “
” Masya Allah nmpk muda mil abang.. apa tips dia bang.. cuba korek2 rahsia awet muda dan kekal sihat begitu.. MIL pun cun melecunss..no wonder la anaknya lawooo.. “
Memang tidak begitu dimamah oleh usia ibu mertua Ridzokumura ini. Masih cantik dan nampak muda walaupun sudah berusia. Paling penting masih nampak bertenaga. Semoga diberikan kesihatan yang berpanjangan buat ibu mertua Ridz. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ridzokumura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 hour ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti5 days ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

