Artis / Selebriti
” Cantiknya dalam rumah Bonda, view luar tu betul lah dah macam lukisan.. ” – Komen Netizen
Video Ruang Dalaman Rumah Banglo Bonda Rozita Di Puncak Bukit Buat Ramai Terpegun. Wah Cantiknya Rumah, Dah Macam Istana. Tengok Suasana Malam Lagi Indah !!
Meninjau di akaun TikTok milik bernama Azma, telah dikongsikan dua video yang memaparkan rumah baru usahawan terkenal iaitu Bonda Rozita Ibrahim atau mesra dengan panggilan Bonda. Video pertama memaparkan suasana rumah Bonda ketika waktu malam.
Manakala video kedua pula memaparkan Bonda ada berkongsi beberapa ruangan di dalam rumahnya. Setiap ruangan itu kelihatan tenang dan dapat melihat pemandangan gunung pada tingkap seperti sebuah lukisan. Meskipun rumah banglo tersergam indah di puncak bukit ini masih belum siap sepenuhnya lagi, namun ianya sangat cantik.
Perkongsian video-video ini telah menarik perhatian para pengikut Bonda. Ramai yang meluahkan rasa kagum dan terpegun melihat rumah baru Bonda tersebut. Sementara itu, ada yang mengatakan idea dekorasi Bonda untuk umahnya sangat unik dan lain daripada yang lain.

Sehingga kini, video terbaru rumah banglo Bonda ini telah ditonton ratusan ribu tontonan dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok. Ruangan dapur juga sangat cantik, sambil memasak boleh melihat pemandangan gunung.
Tonton video di bawah ini :
@azma_jrmholistik Jom cuci cuci mata tengok rumah bonda. Masyallah macan syurga dunia #jrmholistikazma
♬ original sound – Azma | Jrm Holistik – Azma | Jrm Holistik
@azma_jrmholistik Syurga dunia. Masyallah😍 #jrmholistikazma
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video-video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantiknya dalam rumah Bonda, view luar tu betul lah dah macam lukisan.. Suasana malam pun tenang sangat lah.. MasyaAllah.. “
” Ya ALLAH bestnyaaa.. Saya kalau dpt rumah landed kecil pom dah alhamdulillah tapi saya nak sgt2 view nature cmni… Memang berangan sgt.. Tak pom dkt dengan sungai.. “
” Bonda adalah puteri gunung ledang moden, cantik betul view rumah bonda.. Hasil idea Bonda memang menarik sangat tau.. “
” Dapur dia amaze betul.. Huhu.. Berkat kerja keras bonda mencari rezeki.. Kita tengok pun rasa tumpang happy sekali.. Tahniah Bonda.. “
” Rumah Bonda ni antara paling cantik sangat.. Konsep dia lain dari yang lain.. Kita pun tahun kan Bonda ni idea2 cantikan rumah memang luar biasa.. “
” Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar.. Ni lah.. titik peluh.. Usahawan Melayu kita berjaya… Tahniah Bonda.. So happy for you.. “
” Omg so Beautiful. Such a blessing to have a nice view.. Masya Allah bonda Rozita, syukur atas rezeki Allah pada nya.. Semoga tambah maju jaya.. Aamiin
Terpegun melihat keindahan rumah Bonda, sangat mendamaikan. Bagi yang sudah lama mengikuti perjalanan hidup Bonda, pasti mengetahui yang Bonda seorang yang bekerja keras sejak dahulu lagi dan rumah ini merupakan hasil titik peluh Bonda sendiri.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok azma_jrmholistik, IG bondarozitaibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti14 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

