Connect with us

Artis / Selebriti

” Cantik, soft spoken, tertib tutur kata dan sangat sopan. Lembutnya Datin Zai.. ” – Komen Netizen

Video temubual bersama isteri Dato’ Jamal Abdillah, Datin Zai Izzati raih perhatian warganet. Lemah lembut Datin Zai bercakap, patut lah Dato’ Jamal terpikat. Datin Zai turut kongsi cerita tentang perangai Dato’ Jamal di rumah yang ramai tak tahu..

Dato’ Jamal Abdillah dikenali sebagai raja pop negara. Kehidupannya bersama Datin Zai Izzati Khiruddin dikurniakan 4 orang anak, Nur Azura Yamani, El Isaac Yamani, Iskandar Rayyan Yamani dan Rahim Laura Salsabila Yamani. Berbaki sebulan sahaja lagi, pasangan ini bakal bakal menimang seorang lagi cahayamata.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Majalah Nona, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual bersama Datin Zai. Banyak yang diceritakan oleh Datin Zai mengenai kehidupannya bersama Dato’ Jamal dan sikap Dato’ Jamal yang orang tidak tahu apabila berada di rumah.

Cerita Datin Zai, perkahwinannya bersama Dato’ Jamal diatur dan hanya selepas setahun baru lah perasaan cinta itu hadir. Tahun demi tahun mereka melayari kehidupan bersama, Allah mengurniakan rezeki anak-anak yang comel belaka. Untuk makluman, Datin Zai kini sedang hamil anak kelima dan kandungannya sudah berusia 8 bulan.

Ramai yang mempertikaikan Datin Zai yang bersalin jarak dekat tetapi pada Datin Zai, semua itu rezeki daripada Allah. Dato’ Jamal juga sangat membantu di rumah untuk menjaga anak-anak dan ia meringankan tugasan Datin Zai. Ada suami yang supportive juga satu rezeki untuk seorang isteri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Style cakap macam datin norjuma.. Alhamdulillah… semoga kasih sayang mereka berpanjangan hingga ke syurga.. “

” Cantik orangnya. lembutnya datin zai ni bercakap, tenang je dengar. Semoga bahagia sehingga ke jannah.. “

” Comel lembut cantik je. Semoga kekal bahagia hingga ke syurga.. Bhgia tengok Uolls.Sy pun pminat lagu Dato’ .Suara mntap till now.. “

” Syukur Alhamdulillah.. lembutnya Datin Zain, comel je.. Datuk Very humble dan Datin pun sangat lembut dan humble.. “

” SubhanAllah Wabihamdih lembut nyer manja-manja Datin nie. berank je ramai2 kalau mampu kn, bila besar memg seronok.. “

” Alahaii lemah lembutnyaaa, sukaa kitaa dengarr.. Lembut tutur kata dan cantik orangnya.. semoga dipermudahkan semasa bersalin nanti datin.. “

” Cantik, soft spoken, tertib tutur kata dan sangat sopan. suka sangat jenis lembut macam ni.. iras norjuma cara bercakap.. “

” Lembut tutur kata , sopan orangnya… Adoi jauh beza dengan aku.. macamana aku nak jadi lembut macam ni.. “

Lemah lembut dan tersusun tutur katanya, seronok mendengar celoteh Datin Zai. Allah takdirkan Dato’ Jamal sebagai peneman hidup Datin Zai dan untuk melengkapi antara satu sama lain. Semoga urusan Datin Zai untuk melahirkan cahayamatanya nanti dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Majalah Nona, Tiktok Majalah Nona

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT