Artis / Selebriti
” Cantik dan saling tak tumpah wajah arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
Video wedding makeup anak Dato’ M. Nasir, Nur Nilam Sari raih perhatian warganet. Alahai manis sungguh Nur Nilam Sari ni. Ada yang kata copy paste wajah arwah ibunya, Junainah Johari..
Semalam tular video di akaun TikTok yang memaparkan anak perempuan Dato’ M. Nasir iaitu Nur Nilam Sari telah selamat mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya. Untuk rekod, Nur Nilam Sari merupakan anak kelima hasil perkahwinan pertama Dato’ M. Nasir dengan Allahyarhamah Junainah Johari.
Paling istimewa, Dato’ M. Nasir turut menghiburkan para tetamu yang hadir dengan lagu istimewa Nur Nilam Sari yang dicipta khas untuk puterinya itu. Meninjau di akaun TikTok milik nama mafarikha, telah dikongsikan video ketika wedding makeup Nur Nilam Sari.
Kelihatan Nur Nilam Sari begitu anggun mengenakan busana bertemakan klasik di hari pernikahannya. Perkongsian video ini juga telah mencuri perhatian warganet. Ramai yang mengatakan terpegun melihat kecantikkan Nur Nilam Sari kerana sebelum ini sangat jarang melihat kemunculannya di media sosial.

Sekejap sungguh masa berlalu, kini Nur Nilam Sari yang pernah kita lihat ketika usianya masih kecil kini sudah meningkat usia dan telah pun berkahwin dan menjadi isteri orang. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@mafarikha thank you Nilam for having me 🥰 hair by @shasya balqisya
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsia video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cantik saling tak tumpah wajah arwah ibunya. Terus teringat kisah senduk masa arwah pregnantkan Nur Nilam Sari ni.. “
” Nur Nilam Sari ke ni..Ya Allah.. Aku dh tua rupanya.. Masa arwah mak dia meninggal dia masih baby lg.. Now dh kawen dia.. “
” Selamat Pengantin Baru Nur Nilam Sari. Merdu lagunya, namun pengantin ini jauh lebih cantik.. Tahniah Nur Nilam Sari.. “
” Oh patut la ramai kat The Agam td masa lalu.. Selamat Pengantin Baru Nur Nilam Sari. Cantik betul makeup dia, nampak manis sangat.. “
” Anak dato yg penuh misteri… Sangat2 jarang nmpak di media sosial.. Sekali tengok, dah besar dah dia, dah kahwin.. Tahniah.. “
” Selamat pengantin baru Nur Nilam Sari .. Lagu paling best yg awie nyanyikn.. Sebak pula tengok wajah dia, auto teringa masa ibu dia meninggal dlu.. “
” Cantiknyaaa diaaa…. Tahniah Nur Nilam Sari, selamat pengantin baru Nur Nilam Sari, semoga kekal bahagia hingga ke pintu syurga.. “
Manis sungguh senyuman Nur Nilam Sari ini. Bak kata warganet, memandang wajah Nur Nilam Sari, pasti akan terus mengingatkan kita kepada wajah arwah ibunya, Junainah Johari. Selamat pengantin baru untuk Nur Nilam Sari dan suami, semoga bahtera rumahtangga yang dibina kekal selamanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mafarikha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

