Artis / Selebriti
” Cakap sampai meleleh air liur, lawak betul lah Talita.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Raja Ilya, Talita Love Sedang Bercakap Telefon Buat Ramai Terhibur. Comel Lah Dengar Talita Cakap ‘ Hi Dadda, Okay Bye ‘. Pandai Sangat !!
Umum mengetahui pelakon Raja Ilya telah pun dikurniakan seorangg cahaya mata perempuan. Raja Ilya dan suami telah memilih nama sebagai Talita Love buat anak pertama mereka ini. Kini usia Talita telah pun 1 tahun lebih dan membesar sebagai seorang kanak-kanak yang comel.
Terbaru meninjau di akaun Instagram Talita, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Talita sedang bercakap telefon. Pada awalnya, Raja Ilya telah memanggil Talita untuk memegang telefon dan terus Talita memegangnya dan bercakap sesuatu.
Kedengaran Talita telah menyembut ‘ Hi dadda, ok bye ‘ . Turut dikongsikan gelagat Talita bercakap telefon di atas ribu bapanya. Mendengar apa yang dicakap oleh Talita, terus bapa Talita ketawa terhibur dengan gelagat Talita yang sudah pun pandai berkata-kata.

Perkongsian tersebut telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Talita seorang kanak-kanak yang periang dan gelagatnya sangat mencuit hati. Sehingga kini, video Talita bercakap telefon telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai kata pujian yang diberikan warganet dan rata-rata mereka meluahkan rasa ger4m melihat kecomelan Talita. Antara komen-komen menarik adalah :
” Cakap sampai meleleh air liur, lawak betul lah Talita.. Comelnya dia, kejap je besar kan dia sekarang.. Pandai cakap.. “
” Hahahaha kelakar dengan Talita cakap.. Makin hari makin geram tengok gelagat dia.. Ni dah la omei pipi tu adudu.. “
” Comel sungguh dia byekan dadda dia.. Ger4m tengok dia cakap, meleleh2 air liur, hahahaha.. Talita dah besar lah sekarang.. “
” Alolo pandainya. Hi dad da. Okay bye. So cute. Meh opah hug sikit talita.. Moments yg paling indah bila anak dah mula bertutur.. So sweet dear… “
” Alololo cutenya Talita.. Work hard Talita.. Tengok dia jalan ishhhh ger4m.. Nak tumbuh gigi banyak dh ke, cakap tak berhenti.. “
” Dadda ok bye.. Dpt gigit pipi sekali .. Best Ni Talita.. Gerammmmnya.. Air liur smpi keluar nak cakap hehehehehe.. “
” Aku Tak bole si Talita nie.. Dah ler comel.. Sejum ikut muka apak dia.. Pandai plak tuh… Alahaiiii.. Ok bye.. Hahahaha.. “
Alahai comel sangat gelagat Talita bercakap di telefon. Pejam celik, pejam celik sekejap sahaja rasanya Talita sudah semakin besar. Semoga Talita terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang selalu mendengar kata serta penyejuk hati kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG talitalovegarrett, rajailya
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen

