Artis / Selebriti
” Bunyi macam lagu Korea jer bang Taeyang, tapi still best lah.. ” – Komen Netizen
Video Taeyang menyanyikan lagu Datuk Sheila Majid, Antara Anyer Dan Jakarta di konsertnya. Part Taeyang tukar lirik ‘Antara Seoul Dan Malaysia’ tu menjerit semua penonton. Amboi seronok semua dapat dengar Oppa Taeyang menyanyi lagu Melayu bunyi pelat-pelat Korea, hehe..
Bagi yang meminati penyanyi terkenal dari negara Korea, Taeyang pasti mengetahui yang Taeyang kini ada di Malaysia untuk mengadakan konsert jelajah Taeyang 2024 iaitu ‘The Light Year’ di Kuala Lumpur pada hari ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik radio Era, telah dikongsikan beberapa video persembahan Taeyang ketika konsertnya sedang berlangsung. Namun, salah satu video yang dikongsikan tersebut telah menarik perhatian warganet.
Menerusi video itu, Taeyang membuat kejutan kepada semua para peminatnya dengan menyanyikan lagu Antara Anyer dan Jakarta, nyanyian asal oleh penyanyi Datuk Sheila Majid. Kedengaran riuh sorakan dan tepukan daripada penonton ketika Taeyang menyanyikan lagu itu.

Ada warganet mengatakan cara Taeyang membawa lagu Datuk Sheila itu seperti mendengar lagu Korea. Sehingga kini, video Taeyang menyanyi lagu Antara Anyer dan Jakarta telah menerima ribuan tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video nyanyian Taeyang ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Omg, Oppa nyanyi lah beb.. Btw bunyi macam lagu Korea jer bang Taeyang, tapi still best lah.. I like, heheheee. “
” Antara Seoul dan Malaysiaaa.. Nyanyi dalam bahasa pun dengaq Korea.. Kena dengar betul2 baru tahu Taeyang nyanyi lagu bahasa lah.. “
” Wehhh hahahahahahaha aku Cuba dengar berkaliii Kali dia sebut apa, hahaha ni slenggg Korea ni hahahahahah comel la.. “
” Dia menyanyi lagu melayu.. Menjerit habis yer semua yang datang tu, hahahaha dapat dengar oppa korang menyanyi lagu melayu.. “
” Oppa antara Anyer dan Jakarta.. Lahhh ingatkan dia nyanyi lagu apa la tadi. Kitorg terkebil kebil sebab bunyi korea jugak hahahahahahaha.. “
” Part awal2 tu tak dengar melayunya.. Hujung2 tu baru boleh tangkap. .Tapi sweet ar dia boleh tukar lirik sendiri pula, hehee.. “
” Confirm rating lagu ni naik balik.. Gara2 Taeyang nyanyi balik.. Hahhahaa weh blushing dia last2 tu yer, hahaha.. “
Penuh perasaan dan semangat Taeyang menyanyi lagu dalam bahasa Melayu untuk para peminatnya yang hadir. Riuh rendah jadinya bila dengar Taeyang tukar lirik ‘ Antara Seoul dan Malaysia’. Meskipun tone nyanyian Taeyang lebih ke arah Korea, ramai peminatnya mengatakan suara Taeyang masih sedap didengar.

Silakan SHARE..
Sumber : IG era.je, _youngbae_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

