Connect with us

Artis / Selebriti

” Bukan main Lala punya pose. Geram tengok jelingan mata tu..” – Komen Netizen

Video gelagat anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha mengayakan baju raya buat ramai yang geram. Amboi, bukan main lagi Lala posing. Aktif betul, siap jeling-jeling mata. Comel sangat Lala..

Meninjau ke akaun Instagram Nur Khawla Soleha dan Bulan Bintang hq, perkongsian dua buah video yang memaparkan Nur Khawla Soleha menjadi model cilik untuk pakaian hari raya Aidilfitri tahun ini telah membuatkan ramai berasa terhibur.

Khawla atau mesra dipanggil Lala merupakan cahaya mata Ernie Zakri dan suaminya, Syamel. Pada tahun ini mereka sekeluarga menjadi duta untuk koleksi baju hari raya Aidilfitri daripada Bulan Bintang. Apa yang mencuri perhatian ialah gaya Lala menjadi model.

Khawla menggayakan pelbagai baju dengan pelbagai warna dan gelagatnya tetap bertenaga. Tidak perlu diajar cara untuk posing kerana Khawla dilihat seperti sudah biasa apabila kamera dihalakan kepadanya. Wah, berbakat sangat Lala ni.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganer sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Khawla dilihat sangat berminat dengan apa yang dilakukan ini seperti sudah nampak kerjaya Khawla pada masa hadapan untuk menjadi model.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :

” Muka mummy perangai daddy ke atau campur2 heih  geram tgk lala niiiiiii.. Energetic sungguh lala.. mcm tengok bangmel patite berambut panjang.. “

” Mamy awak belikan confident awak dkt beg kuning ke… Eeeee geram tgk dia.. Bukan main Lala punya pose! Gerram tgk jelingan mata tu.. “

” Wow lala .. so cute & energetic, geram plk aunty tengok.. Lawak, bijak and comel la Lala ni. Aunty looovee sangat.. Kenapa comel sgt ni lala.. “

” Ya Allah awok paling sporting setakat ini lala… Gaya mcm niru ayah byk ni . Babap kang lala.. asal comel sgt ni.. Kecik kecik mmg dh ada bakat lala ni..gewammm.. “

” Aku geram betul laaa budak chomelll niiiiii.. Lala anak syamil sgt perangai muka..hahaha.. Rasa nak penyet budak ni yihhhhhhh.. “

” Comelnya lala…meh acik nak gomol skli..mmuuuwahh.. Takyah wat family photo shoot utk raya dah mcm ni.. Comel sangat.. “

” Lala… yg patut dpt payment lebih nie.. Cba ganding kn dgn lina anak mariam mesti nmpk mcm kembar kan .. pndi bergaya la lala ni .. comel sgt.. “

Ada yang mencadangkan agar Khawla digandingkan bersama anak Maryam You Narae iaitu Rina kerana wajah mereka sangat hampir seiras. Semoga Khawla membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bulanbintanghq, Khawlasoleha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sampul Duit Raya

Trending

Copyright © Berita Kopak