Connect with us

Artis / Selebriti

” ‘Bukan dah dapat ke’, pengsan. Macam nak terkeluar jantung aku hoiii… ” – Komen Netizen

Video Bella Astillah memberikan YB Syed Saddiq pickupline. Respon YB Saddiq buat ramai teruja. Masa awal-awal tu YB Saddiq macam blur. Bila dapat tangkap, terus buat pengakuan menggemparkan. Blushing Bella, tak boleh sorok muka dah, haha.. 

Hubungan mesra YB Syed Saddiq dan Bella Astillah bukan lagi rahsia. Saling rapat dengan keluarga kedua belah pihak, setiap kali ada acara keluarga pasti pasangan ini akan ada bersama. Sehingga ke hari ini, tiada pengakuan secara jelas dan terbuka baik daripada Bella mahu pun YB Saddiq mengenai status hubungan mereka.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Bella dan YB Saddiq ketika sesi photoshoot produk Kitsui. Bella dan YB Saddiq duduk dan berbual santai. Bella memulakan dengan memberikan YB Saddiq beberapa pickupline.

Warganet sudah sedia maklum, YB Saddiq seorang yang lurus orangnya dan susah menangkap jika Bella memberikan pickupline. Tulis Bella di ruangan kapsyen,  ini adalah pickupline yang ke 788 special untuk YB Saddiq. Bella memang power jika memberikan pickupline.

Pickupline pertama mengenai YB Saddiq menjadi pengawas kerana selalu mengawasi mindanya. Setiap masa YB Saddiq ada dalam fikiran Bella. Pickupline yang kedua paling menggembirakan warganet. Jawapan YB Saddiq memang tidak disangka kerana sudah lama warganet ingin mendengar kenyataan ini dari mulut YB Saddiq sendiri.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan :

” Part last bukan pick up line.. itu pengakuan.. “Bukan dah dapat ke?” Haisss blushing sampai sini.. ulang 10x kali pn still blushing.. “

“BUKAN DAH DAPAT KE ???” Pengsaaaannnnnn.. Mcm nk tkeluar jantung akuuu hoiiiii.. satu taman dengar suara aku teriakkkkk.. “

” Kira confirmed lah ni.. Yerr yb yerr dah dapat haha.. msti Aus kan suara belakang tabir”ayokkk oni chann aaaaaaa”.. “

” Bella ,ko yg bagi pick up line ko pulak yg blushing,haha.. Aduhh.. bkn dh dpt ke.. alamak.. aku yg blushing dkt luar ni.. “

” Finally revealed.. Ya Allah YB… cover lah sikit…. dah dgn aku2 skali blushing, malu lah plak.. Tengok ni sambil tutup2 muka di bantal.. “

” Yb bagi direct terus eh “bukan dah dpt ke”.. Akhirnya.. yb mengaku jugak.. Pengakuan termanal tu YB.. Ok rasmi sdh mrk in couple love jgn tanya lagi gais.. jawapan yang dinanti-nantikan terjawab sudah.. “

” Drum rollllll…. officially declared dah, nak berselindung kat mana lagi. Dah terang lagi bersuluh.. Bella bagi pickup line .. yb syed saddiq jawab dgn fakta… mudah bagi dia… jawab jujur ja.. “

Kali ini Bella blushing teruk gara-gara jawapan jujur daripada YB Saddiq. Tidak berselindung lagi, YB Saddiq, adakah ini pengakuan yang sebenar-benarnya. Mesti seronok peminat BASS dengan pengakuan YB Saddiq itu. Pickupline makan diri Bella, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Abaya Dress
Skintific Lip Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak