Artis / Selebriti
” Bukan biasa-biasa ni, hafal surah siap tahu apa maksud surah tu.. ” – Komen Netizen
Video Qawiy Aro terjah ngaji Zahiril Adzim buat ramai kagum. Wah, hebatlah bacaan ayat suci Al-Quran Zahiril. Bukan kaleng-kaleng orangnya, sekali maksud ayat Zahiril bagi..
Meninjau ke akaun Instagram Qawiyaro, perkongsian sebuah video terjah ngaji bersama selebriti Zahiril Adzim telah meraih perhatian ramai. Pastinya ramai peminat Zahiril ingin mendengar bacaan ayat suci Al-Quran daripada Zahiril ini.
Ternyata Zahiril tidak mengecewakan, Zahiril boleh menyambung bacaan surah yang dimulai oleh Qawiy. Bukan sahaja mampu menghafaz surah tersebut, malah Zahiril juga memahami maksud surah tersebut. Ini bukan satu perkara yang biasa-biasa.
Selalunya ramai hanya membaca surah Al-Quran tanpa memahami maksud surah tersebut. Zahiril membuktikan bahawa dirinya seorang yang hebat dan boleh membaca ayat suci Al-Quran dengan baik. Tahniah diucapkan kepada Zahiril.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Zahiril lebih dikenali dengan watak bernama Falah dalam drama bersiri popular berjudul Andai Tiada Dia yang dilakonkan bersama Ummi Nazeera.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang memuji bacaan ayat suci Al-Quran Zahiril. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Okk cantik dah.. ada satu tempat kurang tepat.. terkejut..ms buka video ni anak sy darjah 5 pun ikut baca rupanya die taw MasyaAllah TabarakaAllah.. “
” Fuh dah la handsome. Power Alquran lak tu. Yang penting kasut handsome. Yang nak boleh usha usha .. Sumpah surah al-a’la surah fav saya juga.. “
” Alhamdulillah Bob. Proud of you. Sejuk perut mak. Semoga sentiasa memperoleh kurniaan keberkatan dari ALLAH SWT . Berjaya Dunia Akhirat.. “
” Masya Allah falah ternyata ga di drama aja best real nya juga best ya falah.. jgn pandang rendah pd org lain even dia dlm industri hiburan. Silap2 mrk lebih dekat dgn Allah swt drpd kita… “
” Waahhh bukan beshe2 ni hafal surah siap tau apa maksud surah tu fuhhh! Keep it up .. xslh la pilih die jadi ketua..sesuai sgt watak falah kt zahiriladzim ..terbaikk ketua kita.. “
” Merdunya dia baca Al-Quran tu . alhamdulilah ayat imam selalu baca dlam solat sedap dengar.. Sukanyeee falah ni… eh fatah .. “
” Abg falah anak ustaz mesti bole.. alhamdulillah Omar tak sia² blaja dkt madrasah.. Sedap suara…sebutan huruf dan makhraj pun best jer. Hebat ketua .. “
Wah, inilah antara selebriti yang boleh dijadikan sebagai contoh dan idola. Zahiril bukan sahaja hebat dalam lakonannya malah tetap hebat dalam menghafaz surah. Semoga Zahiril terus berjaya dalam industri hiburan tanah air. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Qawirayo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti2 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Patut gula tertumpah merata-rata, bersemut seluruh Malaysia. Alahai YB Saddiq.. ” – Komen Netizen

