Artis / Selebriti
” Budak ni ada pontensi. Menari tu jangan lah lembut sangat.. ” – Tok Ram
Ubah genre rock kepada dangdut, persembahan Amad membawakan lagu Isabella raih pujian ramai. Wah dapat standing ovation. Best sangat lenggok dangdut Amad. Part gelek tu comel. Lawak jawapan Amad bila Tok Ram komen part gelek tu, hehe..
Amad antara peserta favourite ramai dalam program realiti Talk To My Manager (TTMM). Kehebatan vokal Amad dan tone suara yang merdu membuatkan ramai yang jatuh hati pada Amad. Minggu pertama menyaksikan satu persembahan yang hebat daripada Amad.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Embun Photobooth dan Aminbinsyid, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan persembahan Amad untuk minggu kedua TTMM. Amad menghiburkan semua penonton yang hadir dan di rumah dengan lagu Isabella.
Dari genre rock ditukar kepada dangdut, persembahan Amad meraih sorakan dan tepukan gemuruh. Suara Amad yang lunak dan mendayu-dayu itu menjadikan lagu Isabella versi dangdut ini sedap didengar. Tidak hanya komited dalam vokal, Amad juga memberikan komitmen yang terbaik dalam menari.

Sambil menyanyi Amad bergelek sebagai penambah rencah dalam persembahannya ini. Dato’ Ramli MS yang hadir sebagai juri jemputan juga memuji Amad dan mengatakan Amad ada potensi sebagai penyanyi. Tok Ram juga menyelitkan koment mengenai cara Amad bergelek dan jawapan Amad mencuit hati ramai.
Jom tonton video perkongsian di bawah :
@embun.photobooth Talk To My Manager Amad – Isabella Minggu ke-2 Wisma MBSA by Astro Ria #ttmm #talktomymanager #amaddayyan #amadzon #amad @AMAD🌟
@aminbinsyid #talktomymanager #fyppppppppppppppppppppppp #fyp
♬ original sound – abang sanggul lintang – abang sanggul lintang
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka sejak dimuatnaik. Antara komen-komen yang warganet berikan setelah menonton video persembahan Amad ini :
” Part ‘ di dia dia Isabella ‘ tu fuh padu.. Farez adnan weh ajar dia patut arh.. tutup mata dengaq first masuk terus version suara tokti… sedap sgt amad.. “
” Gelek Mad gelek.. He knows what he is doing n did a great job,how he did eye contact with the dancers n audience.. aduh comelllll laaa diaaaa.. “
” Amad dangdutkan Dia Isabella tuh perghh paduuu.. Brilliant.. bukan sekadar penyanyi tapi penghibur.. “
” Mantap gelek ko Amad, terus ke final.. Terbaik sangat amad ni, suaranya unik betul.. The best performance tonight… Sepanjang persembahan Amad, goosebumps gaisss.. “
” Allhamdulillah.. terbaikk.. amad.. nyanyian penuh dgn emotion dan berjaya bawakan dlm versi yg lain dgn baik.Tarian pun tip top. Allhamdulillah.. “
” Power lah Amad, best sangat. dia ada gaya tersendiri.. comel dan inovatif sangat.. rock jadi dangdut pun padu Amad bawak.. “
” Part “di di dia” tu mahal betul lah, terus sego mata waktu ni.. kita goyang sekali tengok amad gelek.. Bgi lagi lagu iwan dangdut.. utk amad. Best amad.. padu.. “
Kreatif dan syok mendengar lagu Isabella yang didangdutkan oleh Amad. Lenggok dangdut Amad memang mantap dan Amad berikan gelekan yang semampu dia boleh buat demi memenuhi arahan manager. Tahniah Amad kerana mendapat tempat kedua dan moga terus success untuk minggu-minggu akan datang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Embunphotobooth, Tiktok Aminbinsyid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

