Artis / Selebriti
” Bridgerton vibe, ini baru real old money vibes family.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Intan Najuwa persediaan bilik untuk anaknya yang bakal dilahirkan nanti buat peminat teruja. Wah cantik dan menarik deco Intan buat untuk anaknya ini. Tenang tengok bilik baby macam ni, untung anak Intan..
Pelakon Intan Najuwa mengumumkan berita mengenai kehamilannya kepada umum sekitar pada bulan Julai yang lalu. Sebagaimana pasangan lain, Intan dan suaminya, Datuk Ahmad Asraf Azman juga teruja untuk menimang cahayamata pertama mereka itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Intan Najuwa, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pembantu Intan sedang menyiapkan bilik baby. Semua kelengkapan untuk baby disusun dalam bilik itu. Tenang dan mendamaikan, dekorasi yang Intan pilih untuk bayinya itu dipuji oleh warganet.
Dapat dilihat puluhan baju telah pun Intan sediakan untuk anaknya itu. Melihat baju-baju baby yang disangkutkan di dalam almari, warganet juga turut sama teruja. Comel baju-baju yang Intan pilih untuk anaknya dan semuanya baju berjenama.
Memandangkan hasil ultra sound menunjukkan Intan bakal menimang anak perempuan, semua kelengkapan baby dibeli mengikut kesesuaian jantina bayinya itu. Ramai yang berseloroh ingin menjadi anak Intan kerana ingin merasai dimanjakan bak puteri raja.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@intannajuwaaa Baby girl’s room update. It’s a toile de jouy baby! <3
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebuh 200 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bridgerton vibe, ini baru real old money vibes family. dulu saya nak jadi intan najuwa, sekarang saya rasa nak jadi anak dia.. “
” Macam mana nak apply jadi anak Intan ye.. bertuahnya anak terlahir ada parent yang berada ni.. tumpang happy tengok kegembiraan Intan.. “
” Kecik kecik dah dpt princess treatment kita yang besaq gedabak ni hm masih sendiri treatment.. “
” Bilik baby pun macam babyshop 10 bintang.. Datin nak amek anak angkat tak? Umur 23 tapi kadang perangai mcm 23 bulan.. “
” Baby satu hari kena tukar baju sampai 5 kali. Kalo x nanti x sempat nak pakai baju2 lawa tu semua sbb baby cepat besar.. “
” Bestnya lahir lahir macam puteri raja.. Weyhh aku sanggup jadi baby kalau bilik macam ni. Babynya xkeluar lagi dah rasa dh vibes Old Money tuu dikkk.. “
” Omggggg bestnya.. tak sabar nak tuggu baby keluar.. untung ko dik, belum lahir dah indah gini hidupnya.. semoga awak lahir dengan sihat dik.. “
” Alhamdulillah persediaan terbaik nk sambut kurnia daripada Allah .. mcm ni la bagus klu mmpu buat sebaik mungkin.. klu x mmpu pun buat termampu mungkin.. rezeki masing2 smoga lancar kelahirannya amin.. “
Tumpang gembira warganet melihat persediaan Intan untuk cahayamatanya ini. Tentu comel baby pakai semua baju-baju itu nanti. Ramai juga yang tidak sabar untuk menantikan kehadiran Intan Junior. Semoga segala urusan Intan untuk melahirkan nanti berjalan dengan lancar dan dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Intan Najuwa, IG Intan Najuwa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral5 days ago
” Saya sendiri yang mengkhafankan semula Almarhumah Zara selepas proses post mortem.. ” – Ustazah Marhamah
-
Viral7 days ago
” Tapi apabila mereka keluarkan, saya sudah menangis.. ” – Penggali Kubur Zara
-
Viral2 days ago
” 23 hari, apa bau yang kita tidak dapat cium tapi kami tidak tercium apa bau pun.. ” – Imam
-
Viral6 days ago
” Masa Zara masih di hospital, mamanya ada pesan dengan mamaku.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Viral6 days ago
” Nak gali semula dan buat post mortem bukan keputusan yang mudah, dia tak nak anak dia sakit lagi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Hebat ni betul-betul peguam Melayu asli untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Aku dapat panggilan daripada mamaku sendiri yang sedang meraung menangis.. ” – Bapa Saudara Zara
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Ingat Amayan dah lawak, Cess lagi lawak rupanya. Bahasa baku pun ke laut dua beradik ni, haha.. ” – Komen Netizen