Artis / Selebriti
” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
Video Elisya Sandha prank bapa mertuanya, Jinggo untuk pinjam duit RM10,000 buat ramai terhibur.Respon Jinggo buat Elisya terkejut. Wah serius lah Jinggo..
Meninjau di akaun Instagram milik inayahbeautytrading, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Elisya Sandha sedang bermain satu permainan. Menerusi permainan tersebut, Elisya diberikan cabaran untuk menelefon bapa mertuanya, Jinggo atau lebih mesra disapa sebagai Tok Sidang.
Dalam cabaran itu, Elisya diminta untuk meminjam wang berjumlah RM10,000 daripada Tok Sidang. Mendengar tugasan tersebut, Elisya pada awalnya kelihatan agak gementar, namun tetap memberanikan diri untuk membuat panggilan Tok Sidang.
Sebaik sahaja panggilan dibuat, Elisya terus menyuarakan hasratnya untuk meminjam wang. Tanpa diduga, Tok Sidang dengan pantas bersetuju dan menyatakan kesanggupan untuk memindahkan wang tersebut kepada Elisya tanpa sebarang rasa ragu-ragu.

Lebih mencuit hati, Elisya sempat menyakat dengan meminta tambahan RM10,000 lagi. Tindakan spontan itu ternyata menghiburkan, apatah lagi apabila permintaan tersebut turut dipersetujui oleh Tok Sidang tanpa banyak soal apa-apa pun pada akhirnya.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan ada yang memuji sikap Jinggo terhadap menantunya. Antara komen tersebut adalah :
” Wowwwww beruntungnyaaaaa dapat bapak mertuaaaa dari sorga baik hati sungguh alhamdulillah.. Untung menantu.. “
” Tok sidang Jinggo pak mertua dr syurga..Apalah sgt 10K or 20K tu kan, huhu cam tu jer Elisya request kan.. “
Situasi ini jelas memperlihatkan hubungan yang akrab serta penuh kasih sayang antara Elisya dan bapa mertuanya. Pada penghujung video, Elisya akhirnya menjelaskan kepada Tok Sidang bahawa apa yang dikatakannya sebelum itu hanyalah sekadar gurauan semata-mata.

Perkongsian video tersebut akhirnya berjaya menarik perhatian ramai warganet. Bukan itu sahaja, ada yang terhibur dengan gelagat mereka, malah tidak kurang juga yang memuji sikap sporting Tok Sidang dalam melayan kerenah menantunya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG inayahbeautytrading
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tak pernah cakap ni pun dekat wife saya. Kalau wife saya tengok, saya minta maaf.. ” – Naqiu
-
Artis / Selebriti2 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel betul Dato’ Siti menari. Tak relaks yang seluar hijau tu. Nak patah pinggang nengok, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ini jujur yer, bukan untuk.. ” – Aliff Aziz

