Artis / Selebriti
” Boleh pulak buat muka gitu Alisa, haha. Gambar last sangat estetik, Alisa so cute.. ” – Komen Netizen

Video Perbualan Telefon Antara Hairul Azreen, Alisa Aisyah Dengan Jaguh Badminton Negara, Lee Zii Jia. Alahai Comelnya Reaksi Alisa, Manalah Lee Zii Jia Tak Cair Dan Akhirnya Datang Rumah. Gambar Last Tu Lawak, Random Betul Alisa Ni, Haha !!
Alisa Aisyah nama yang tidak asing lagi untuk wargamaya. Anak kedua kepada pasangan Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini merupakan seorang anak yang bijak dan petah bercakap. Pada perkongsian terdahulu, ada ditunjukkan reaksi Alisa yang sedih dan menangis kerana ingin berjumpa dengan jatuh badminton negara, Lee Zii Jia.
Meninjau akaun Tiktok Kobeh988, telah dikongsikan satu video yang memaparkan situasi sebelum Alisa dapat bertemu Lee Zii Jia. Kelihatan Hairul sedang meriba Alisa sambil bercakap di telefon bersama Lee Zii Jia. Hairul memberitahu Lee Zii Jia mengenai keadaan Alisa yang sedih kerana tak sempat bertemu.
Walaupun Hairul mengatakan tidak perlu untuk datang, Lee Zii Jia sangat baik hati dan memberitahu jarak untuknya datang ke rumah Hairul dekat sahaja. Hairul memasang loudspeaker dan Alisa dapat mendengar perbualan antara Hairul dan Lee Zii Jia.
Ketika Lee Zii Jia mengatakan dia akan datang ke rumah, Alisa masih lagi dalam mood sedih dan monyok mukanya. Paparan seterusnya pula, disertakan gambar Alisa dan Lee Zii Jia yang sempat diambil. Sempoi sungguh anak dara Hairul ini, ekpresi mukanya ketika bergambar menggeletek hati warganet.
Jom tonton video di bawah :
@kobeh988 THE CUTEST !!! #leeziijia #fyp
Video ketika Lee Zii Jia datang membuat kejutan untuk Alisa. Amboi Alisa, malu-malu dapat jumpa uncle tersayang.
@mochiiii1122 Cutest interaction of the day 😸 #leeziijia #alisa #fyp #lzj #foryoupage
Perkongsian ini telah pun mendapat ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Dapat tangkap gambar, camtu pulak mukanya Alisa haha.. lawak lah Alisa ni. Beruntung Alisa dapat jumpa pujaan ramai.. ”
” Comel je Lee Zii Jia melayan kerenah Alisa.. Sanggup datang tu.. Tak aci ni Alisa pakai cable.. bukan setakat cable ni, wireless terus.. ”
” Wah Alisa camtu gambar last tu haha. comel lah Alisa.. kecik-kecik dah high taste ye ko dik, kemain haha.. ”
” 1 Malaysia jealous dgn dak Alisa ni.. Kalau aku jadi alisa pun aku nangis.. tersangatlah greenflag yer Lee Zii Jia ni.. ”
” Lah boleh pulak muka gitu Alisa haha. Gambar last sangat estetik.. Alisa so cute.. Aaa takleh takleh.. Nak juga jealous walaupun alisa kecik lagi.. ”
” Hahahha comel je buat muka macam tu, mesti nakal budak Alisa ni.. Untung lah Alisa, daddy dia jadi cable kuat.. ”
” Haha apa yang comel sangat ni Alisa. Crush dia bukan calang-calang orang ye.. Jia ni pun, kenapa comel sangat kenapa.. ”
Ramai sungguh yang cemburu dengan Alisa, bertuah Alisa dapat berjumpa dengan uncle kesayangannya. Bukan semua orang dapat beramah mesra dengan Lee Zii Jia seperti Alisa. Apa-apa pun, tercapai juga hajat Alisa untuk bertemu Lee Zii Jia sampai meleret senyumannya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kobeh988, Tiktok Mochiiii1122
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral3 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah