Connect with us

Artis / Selebriti

”ย Boleh pula selipar tu bagi kerjasama memeriahkan suasana. Nasib tak tercampak kat muka juri.. ” – Komen Netizen

Video moment selipar Mark Adam tercampak ketika sedang menari zapin di pentas Gegar Vaganza minggu ke 5 buat ramai terhibur. Nasib baik tak kena juri kat depan tu. Part menari zapin pun kelakar. Dato’ Syafinaz kata dah macam tengah kuak lentang, hehe..

Persembahan Mark Adam di Gegar Vaganza pada minggu ini memang lain macam. Mark membawakan lagu tradisional bejudul Awallah Dondang nyanyian asal Noraniza Idris. Menerusi akaun Tiktok F8buzz ada dikongsikan persembahan Mark.

Mark bukan sahaja berjaya memukau penonton dengan vokalnya, tetapi turut menghidupkan pentas dengan tarian zapin. Dari awal lagu, Mark sudah menunjukkan keyakinan luar biasa. Suaranya mantap, lenggoknya kena dan aura persembahannya juga memukau.

Selesai persembahan, pihak juri meminta Mark membuat demo tarian zapin. Dengan penuh semangat Mark melangkah, berpusing dan mengangkat tangan mengikut rentak sampai satu auditorium bersorak. Namun paling mencuit hati ialah ketika selipar Mark turut terpelanting ke depan.

Walaupun gaya tarian Zapin Mark nampak agak kelakar tetapi semangat Mark mencuba sesuatu yang baru sangat dipuji. Tambahan pula Mark bukanlah berasal dari kaum Melayu. Percubaan Mark ini memang sesuatu yang sangat berani dalam menyahut cabaran buat dirinya.

Jom tonton video di bawah :

@f8buzz

Kuak lentang kata Tok Naz. Macam Mr Bean pun ada Mark Adam menari ๐Ÿคฃ๐Ÿฅฐ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Š ๐ŸŽคโœจ Gegar Vaganza 12 minggu kelima. Tinggal 11 bintang berentap: Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam, Nubhan, Freshies, Shae, Ruri Repvblik, Mendua & Iskandar Ismail ๐Ÿ“… Setiap Ahadโ€จโฐ 9 malamโ€จ๐Ÿ“บ Astro Ria (CH.104) โ€ข Astro GO โ€ข sooka #f8buzzhiburan #GegarVaganza12 #gv12 #markadam

โ™ฌ original sound – F8Buzz – F8Buzz

@f8buzz

Macam-macam laa Mark ni๐Ÿคฃ ๐ŸŽคโœจ Gegar Vaganza 12 minggu kelima. Tinggal 11 bintang berentap: Krisya, Mell Sakura, Korie, Rahmat Ekamatra, Mark Adam, Nubhan, Freshies, Shae, Ruri Repvblik, Mendua & Iskandar Ismail ๐Ÿ“… Setiap Ahadโ€จโฐ 9 malamโ€จ๐Ÿ“บ Astro Ria (CH.104) โ€ข Astro GO โ€ข sooka #f8buzzhiburan #GegarVaganza12 #gv12

โ™ฌ original sound – F8Buzz – F8Buzz

Ruangan komen dipenuhi dengan emoji ketawa daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :

”ย Boleh pulak selipar tu bagi kerjasama memeriahkan suasana . Nasib bukan time persembahan dia terpelanting.. ajer lawak mark ni.. ย “

Satu2nya peserta gv yg dtg dgn pakej ilmu vokal + komedi + persembahan Mark Adam 1079 โ€ฆroad to final.. mark ni sdh pernah masuk ml ke.. “

” Dia pakai tracksuit ke.. kira okaylah tu sebab dia bukan melayu. janji ada effort .. Mark nie betul2 penghibur.. Serba boleh.. “

” Nsib tk trcampak kt muka juri yg kt dpn. Mark komedi mmg terbaik.. yg penting semngat mark tuk mencuba tarian zapin.. “

” Hensem bah si mark.. macam seniman Mustafa Maarof.. Mark ni setiap minggu lawak.. masuk air la mark ni.. Nampaknya YB SS ada geng bab menari.. “

” Mark bole dah geng dgn YBSS.. taniah mark adam bawak lg zapin melayu ..x ingat lupe yg dia org plipina..taniah.. mark ni umur 50 dah ke..still hensem … “

” Tu pn dah terbaik dia buat. bgi saya mark adam dah buat yg terbaik. bkn senang ye nk joget zapin smbil nyanyi.. mantap persembahan mak adam.. “

Walaupun pada minggu ini Mark tidak tergolong dalam top 5, namun Mark antara peserta yang sering menjadi tumpuan pada setiap minggu. Bukan sahaja berbakat dalam nyanyian, ramai menantikan sikap kelakar Mark yang mencuit hati.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok F8buzz

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

MUA Bellaz Liptint
Skintific Powder Foundation

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak