Artis / Selebriti
” Boleh ambil sahaja, free jer, tanpa mengira bangsa dan agama.. ” – Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew Kongsi Rezeki Dengan Menyediakan ‘ Food Bank’ Di Setiap Cawangan Pasarayanya, Ebitsmart Untuk Golongan Memerlukan. Semoga Allah Murahkan Rezeki Ebit Lew !!
Nama Ebit Lew bukan sahaja dikenali sebagai penceramah bebas, malah dia juga dikenali sebagai seorang yang sangat bermurah hati dan sering membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Malah sikapnya yang sangat prihatin itu sering mendapat pujian daripada ramai pihak.
Selain berdakwah, Ebit Lew juga merupakan seorang usahawan yang berjaya. Memperkembangkan perniagaannya daripada restoran, butik pakaian dan kini telah membuka beberapa cawangan pasaraya. Malah paling menarik, pasaraya Ebit ini dikatakan menyediakan harga barangannya begitu murah.
Ramai yang kagum akan sikap Ebit Lew ini yang tidak pernah berhenti untuk sentiasa membantu bagi golongan yang memerlukan. Adanya pasaraya ini, dapat meringankan bebanan golongan yang kurang berkemampuan untuk membeli barangan dapur untuk kegunaan harian mereka.
Hasil tinjauan di akaun Instagram, Ebit Lew telah berkongsi satu berita gembira iaitu perkongsian video di mana setiap cawangan pasar raya Ebitsmart kini telah menyediakan ‘ food bank ‘ bagi sesiapa yang memerlukan. Malah Ebit Lew juga berkata, pemberian tersebut adalah percuma dan untuk semua bangsa tidak mengira agama.
Ikuti perkongsian tersebut di bawah ini :
Perkongsian oleh Ebit Lew itu turut mendapat perhatian ramai. Malah rata-ratanya turut mendoakan Ebit Lew. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ya Allah kau murahkan lah rezeki ustaz Ebit Lew.. “
” Semoga perniagaan ust berjaya di masa yang akan datang dan insyaallah dapat bagi banyak manfaat dalam mmbantu masyarakat. Amin.. “
” Ya Allah ya tuhan ku.. Kau panjangkan lah umur ustaz Ebit Lew dan murahkan lah rezeki ustaz.. Amiiinn.. “
” Terima kasih ustaz , semoga sentiasa dimurahkan rezeki ustaz.. “
” Alhamdulilah, semoga ustaz terus maju, dimurahkn rezeki serta diberikan kesihatan yg baik, sy doakan segala urusan ustaz dan umat islam yg lain dipermudahkn… Aminnnn insyaallah.. “
” Terbaik, dengan cara nie org yg memerlukan dpt satu cara utk mereka dapatkan makanan keperluan .. Alhamdulillah.. “
Subhanallah.. Alhamdulillah, memang terbaik ustaz Ebit. Sentiasa berkongsi rezeki kepada semua. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak mendoakan semoga segala urusan ustaz sentiasa dipermudahkan dalam membantu golongan yang memerlukan dan semoga ustaz sentiasa dimurahkan rezeki selalu. Aamin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Ebit Lew
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Nama yang ringkas dan cukup baik maknanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Masa Fattah pegang kaki Mira tu, aku yang ada rama-rama dekat perut.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dato’ Awie, jangan nangis. Merrah memang suara sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amira hadir di masa Fattah berada di titik terendah. Tak kan Fattah tu kena menduda sampai bila-bila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masya Allah, cried my eyes out reading the caption.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” The way Fattah tanya Fatima time nak sarung cincin tu aku suka. Dia ambik kira perasaan anak dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Love la tengok Fattah terkejut Mira pun peluk dia juga. Dia macam ‘eh dah boleh peluk’.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Masyaallah tabarakallah, merdu sungguh suaranya. Cantiknya Amira, berseri-seri.. ” – Komen Netizen