Artis / Selebriti
” Bila tengah kerja sambil posing, tapi anak pulak nak ber’I love you’.. ” – Fazura
Video Nur Fatima Aisya berkali-kali cakap ‘I Love You’ ketika ibunya, Nur Fazura sedang sibuk photoshoot raih perhatian ramai. Alahai sweetnya Fatima ni, mana lah Mummy tak cair bila anak cakap macam tu..
Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura sememangnya dikenali sebagai seorang ibu penyayang dan penuh kelembutan. Setiap perkongsian Fazura bersama puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya, pasti mencuri hati ramai. Gelagat comel Fatima yang semakin membesar membuatkan ramai teruja melihat keakraban antara ibu dan anak ini.
Terbaru, meninjau di akaun TikTok milik Fazura, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Fatima menemani Fazura sedang bekerja. Menerusi video tersebut, Fazura dilihat sedang menjalani sesi penggambaran bagi koleksi tudung terbaharunya dan dalam masa yang sama kedengaran Fatima pula memanggil ibunya berkali-kali.
Selain itu, Fazura turut menulis di ruangan kapsyen dengan bertanya kepada para ibu di luar sana, adakah mereka juga pernah melalui situasi yang sama apabila membawa anak pergi berkerja bersama. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang mengatakan Fatima begitu manja dengan ibunya hingga tidak mahu berenggang walaupun sesaat. Bukan itu sahaja, layanan Fazura yang penuh kesabaran dan kelembutan ketika memujuk Fatima turut mendapat pujian daripada warganet.
Tonton video di bawah ini :
@fazuraofficial Ada tak mak mak kena macam ni juga kalau anak ikut pergi kerja? 🤣 #mommydaughter #NurFatimaAisya TUDUNG FAZURA new collection! 31.10.25 ✨
Di ruangan komen, rata-rata warganet menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian diberikan mereka kepada Fazura dan Fatima. Antara komen-komen menarik yang ditinggalkan adalah:
” 1st time aku tengok anak perempuan clingy giler dekat mak dia. Cute betul lah perangai Fatima ni.. Geram tengok.. Hehe.. “
” Anak perempuan sulung maybe anak ayah.. But shes mommy bestfrend forever… Love Nyamma and Fazura… “
‘ Nyamma ank yg matang.. Bila bsr nt dia akn fhm betapa struggle dn sedihnya tgk pengorbanan mommy dia.. ”
” Dalam ramai2 anak retis, Fatima je yg saya follow dari dia baby smpai skrg sbb karakter dia sgt menghiburkan.. “
” Comelnyaa yama tanyaaa “are you angy” no yamaaaaa .. Mommy happy sgt dah tuu sebab yama kat situ.. Hahahaha.. “
” Comel sgt, manja sungguh, ucapan yg tulus dari seorang ank yg sedang membesar. Semoga baik baik ja ye unt ank dan ibu.. “
” Comel je tgk 2 beranak ni, tak boleh berenggang, Fatima syg sgt kt mummy tu.. Dia hanya nk mummy ada dgn dia je kan..”
Semakin besar, semakin bijak dan comel Fatima ini. Pasti ramai yang seronok melihat keakraban antara Fazura dan anaknya, penuh kasih sayang serta kelembutan. Apa-apa pun, semoga Fatima terus membesar menjadi anak yang solehah dan penyejuk hati buat ibu dan ayahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok fazuraofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak oh anak. Jangan jujur sangat, mak kamu primadona Malaysia tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Gorgeous, lawa dan sopan Sofea ni. Dah la cantik, soft spoken pulak tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Borak kacip bersama Mr E dua tahun lepas. Lama aku tahan video ni daripada post.. ” – Harris Annuar
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mohon maaf sekiranya ada menyusahkan beberapa pihak.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti2 days ago” Since i been like alone, I macam tak biasa but.. ” – Engku Aleesya
-
Artis / Selebriti1 day ago” Habis lah seminggu Papa sindir gitu ler Kak Lina. Papa balas halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kacau bakal menantu kesayangan doh. Kelakar ayah Oddah, dengan kita mengekek ketawa.. ” – Komen Netizen

