Artis / Selebriti
” Bila orang kaya punya birthday kita tak tahu nak bagi apa.. ” – Sharifah Shahirah
Video Sharifah Shahirah Membungkus Hadiah Sempena Hari Lahir Dato’ Seri Siti Nurhaliza Buat Ramai Terhibur. Part Shiera Nak Gam Kad Dengan Air Liur Tu Lawak. Kesian Oddah Nak Ikut Majlis Mak Angkat Dia Tapi Tak Boleh, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Sharifah Shahirah, satu video yang dimuatnaik oleh Shiera telah membuatkan ramai terhibur. Shiera berkongsi mengenai hadiah hari lahir yang akan diberikan kepada Dato’ Seri Siti Nurhaliza yang merupakan sepasang jubah hoodie.
Menurut Shiera, dia hampir terlupa untuk memberikan hadiah kepada Dato’ Seri Siti kerana hari lahir sudah pun berlalu. Sebagai tanda ingatan Dato’ Seri Siti merupakan ibu angkat kepada anaknya, Audrra atau lebih mesra disapa Oddah, Shiera tetap memberikan hadiah walaupun terlewat.
Apa yang menghiburkan ramai orang ialah gelagat dua anak beranak ini ketika membungkus hadiah buat Dato’ Seri Siti. Oddah turut ada bersama Shiera dan sebenarnya Oddah ingin mengikut Shiera untuk menyerahkan hadiah istimewa itu.

Shiera bagaimanapun melarang untuk Oddah turut bersama. Alahai, kesian Oddah. Tambah menghiburkan ialah kapsyen yang ditulis oleh Shiera pada posting ini. Kalau tidak kelakar memang tidak sah buat Shiera. Dah macam pantun pula kapsyen tu.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen ialah :
” Seronok tgok kak rara.. OK le tu cantik je reben tu.. Odah kan ank angkat dato ct.. Bwknlah dia. Team oddah.. hhaha smpi stress odah dok tya. go odah haha.. “
” Dah rupa parcel delivery mungkus adiah… pun boleh janji iklas.. Takpayah guna selotep,guna air liur je haha.. Aduyaiii.. jadik tak gam tu ? “
” Kelas oddah dok rumah pakai mascara. Mampuuu.. Bawa la oddah tu.. Untung Odah jadi anak angkat Tok Ti.. Rezeki Odah la.. Tp, tu la.. Kene tinggal.. “
” Suka tgk Kak shieraijoy …..gelagatnya mcm Kakak Saya no 4…. hehehe.. Tengok Odah teringat dia gado dgn mak dia shieraijoy pasal sebut “cars”…kelako.. “
” Oddah muka copy paste btl dgn ayahnye.. TokTi tu ibu angkat odah okay.. Tak kelakar tak sah kak ni.. I team odah! Let odah meet tok ti, dapat duit raya sokmo dari tok ti.. “
” Org kaya ni bagi kasih sayang je kak, sbb diorang dah kaya dgn harta benda, kasih sayang mungkin lebih diperlukan.. “
” Next time kalau Kak Rara nak bg hadiah untuk Dato Siti, cuba bagi hadiah berupa modal untuk buat album terbaru beliau, itu yg lebih bersesuaian dgn status penyanyi no 1.. “
Celoteh Shiera tidak pernah tidak kelakar. Walaupun hendak memberikan hadiah kepada penyanyi nombor 1 negara, cara membungkus hadiah tu memang sempoi sangat. Pastinya Dato’ Seri Siti suka dengan hadiah daripada Shiera dan Oddah ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah



