Artis / Selebriti
” Bila dia dah start kira tu aku dah nak gelak, haha… ” – Komen Netizen
Video gelagat Sharifah Shahirah ketika melihat busana yang Dato’ Seri Siti Nurhaliza pakai semasa Konsert Violet Skies buat ramai terhibur. Part ukur pinggang tu paling kelakar, spontan je Shiera cakap macam tu, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik sitizoner, telah dikongsikan satu video yang memaparkan pelakon dan pengacara radio, Sharifah Shahirah sedang melihat sepasang busana milik Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Menerusi video itu, busana tersebut kelihatan begitu cantik.
Kedengaran suara Sharifah Shahirah atau mesra dengan panggilan Shiera, memuji busana DS Siti tersebut. Sempat Shiera meletakkan tangannya di bahagian pinggang busana itu untuk mengetahui saiz pinggang DS Siti. Selepas itu, Shiera mengukur pula pinggangnya.
Seloroh Shiera, pinggang DS Siti hanyalah ‘secekak’ dan jauh beza dengan ukuran pinggangnya. Bukan itu sahaja, dengan sponton Shiera berkata adakah DS Siti ini sekarang tidak makan kerana baju DS Siti tu bersaiz sangat kecil. Perkongsian video tersebut telah mengundang tawa warganet.

Ramai yang mengatakan begitu terhibur mendengar apa yang dikatakan oleh Shiera dan ada yang memuji Shiera dahulu ketika zaman mudanya juga memiliki badan yang langsing dan cantik. Sehingga kini, video Shiera itu telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@sitizoner
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Lawak betul dengar apa yang Kak Rara cakap, sekali aku pun berdekah.. Kak Rara dlu pun ramping juga, cantik juga.. “
” Satu dua, satu dua tiga empat. Muat jari jer lahhh, tak makan kerrr. Sekali aku pun gelak dengar.. Spontan je dia bagi kan, haha.. “
” Tak makan ke, hahaha, weyyyy aku kat hosp ni wehh dekah lah.. Hahahahaha Shiera ni kalau cakap mestinya lawak dengar.. “
” Adoii.. Tok ti tak mkn ke.. Tu Rara yh tngk bkn mokcik tanya.. Hii.. Korang dua2 pun comel.. Cantik dua2nya.. “
” Secekak je pinggang Tokti sekarang… Kak Rara kita sama la 12345 la sy lebih sikit… Dah 2 tahun ni tak kuyusss2 pun wlpn diet.. “
” Cantik sungguh bila tokti pakai baju ni.. Baju vibes2 beauty pagent.. Btw baju konsert baru2 ni semuanya cantik2.. “
” Bila dia dah start kira tu aku dah nak gelak, haha.. Aku dah agak mesti dia akan kira jga pinggang dia, haha.. Rara2.. “
Shiera kalau tak buat kelakar memang tak sah kan. Sememangnya busana DS Siti itu sangat cantik dan ianya kelihatan kecil sahaja kerana DS Siti sekarang sudah semakin kurus. Untuk info, busana tersebut antara salah satu busana yang dipakai oleh DS Siti di Konsert Violet Skies, Arena of Stars, Genting Highlands baru-baru ini.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok sitizoner, IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti6 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti1 day ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap Merrah nyanyi lagu ni. Macam ni lah bunyinya kalau Dato’ Awie nyanyi lagu Dato’ Jamal, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia merajuk tapi dia rindu, dia jual mahal tapi dia nak.. ” – Kamal Adli
-
Artis / Selebriti2 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen

