Artis / Selebriti
” Bila depan Tuanku sopan je Jacky ni, haha.. ” – Netizen

Video KDYMM Yang Di-Pertuan Agong Begitu Sporting Melayan Individu Istimewa Yang Dikenali Sebagai Jacky Buat Ramai Terhibur. Wah Untung Lah Jacky, Siap Tuanku Jemput Naik Pentas Lagi, Bukan Main Happy Lagi Dia !!
Meninjau di akaun Tiktok, telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan kemeriahan sambutan Pesta Kuantan 188 baru-baru ini. Menerusi video itu kelihatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mencemar duli menghadiri majlis tersebut.
Namun apa yang menarik adalah salah satu video yang memaparkan layanan mesra Tuanku terhadap seorang individu istimewa yang dikenali dengan nama Jacky. Kedengaran suara Sharifah Shahirah sebagai pengacara memanggil Jacky naik ke pentas untuk bertemu dengan Tuanku. Jacky naik ke pentas dan bersalaman bersama Tuanku serta turut beramah mesra dengan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah .
Setelah itu, Jacky memegang mikrofon dan melaungkan perkataan Jacky TV sehingga membuatkan Tuanku, Permaisuri dan orang ramai berdekah ketawa mendengarnya. Perkongisan video ini telah menarik perhatian warganet kerana Jacky sebelum ini terkenal dengan saluran channelnya sendiri atas nama jackytvkuatan. Jacky sering membuat video temuramah bersama selebriti.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Tiktok. Amboi Jacky terus jadi sopan yer naik pentas jumpa Tuanku. Nasib baik Jacky tak temuramah Tuanku. Bertuah Jacky apabila Tuanku sendiri yang menjemputnya naik ke pentas.
Tonton video di bawah ini :
@ayaexplorer #pestakuantan188 #menarakuantan188 #jackytv #freeconcert #kuantan #pahangdarulmakmur #fyp
@ayaexplorer #sitinurhaliza #cakrakhan #seluruhcinta #pestakuantan188 #menarakuantan188 #freeconcert #kuantan #fyp #happybirthdayagong
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur dengan perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bila depan Tuanku sopan je Jacky ni, hahaha.. Lawak sungguh Jacky ni.. Terkenal lah Jacky lepas ni, hehehee.. Kalah artis tau.. “
” Kak Rara kenei doh Jacky hahaha sebelum ni blurr lg bila jumpa Jacky ni. Tgk beza kan kite yg org biasa pun susah nk dpt salam tuanku dia luar biasa tp senang je dpt terus ke Tuanku salam cium tangan rahmat tu.. “
” Bertuah lah kamu Jacky, igt senang dapat naik pentas siap bersalam dengan Tuanku lagi.. Rezeki kamu lah Jacky yer.. “
” Penghibur Tuanku terbaik Jacky.. Cute tengok Tuanku ketawa dengar Jacky sebut Jacky TV, hahahaha.. Orang Kuantan semua kenal Jacky.. “
” Depan Agong pun sting aku yahuu, kita semua tak dapat weh buat camtu.. Bertuahnya insan istimewa ini, Agong pun layan je dia.. “
” Kalau Tuanku interview beliau.. Memang jawapan lain keluar.. Selok suka .. Sebut nm Jacky, tiba tiba muncul dia haaaaaa. Sy ada sana.. “
” Tahniah Jacky hrtu kt karnival kuantan dj panggil naik.. Kali ni, Tuanku pula jemput naik pentas di Pesta Kuantan, hebat lah.. “
Sporting sungguh Tuanku melayan Jacky. Jacky pun apa kurangnya, seronok sangat dia, tak tinggal laungan ‘Jacky Tv’ apabila dapat mikrofon. Selain itu, majlis Pesta Kuatan ini turut diserikan dengan persembahan silat, puk0lan gendang perpaduan dan nyanyian artis-artis terkenal antaranya Datuk Seri Siti Nurhaliza, Cakra Khan, Man Bai, Ameng Spring dan banyak lagi.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok @ayaexplorer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Viral2 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Cuak terus Bella bila Dato’ bocorkan rahsia dia. Dato’ ni memang tak boleh simpan rahsia betul lah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Checkmate YB Saddiq, dengan Paknil memang tak akan terlepas, haha.. ” – Komen Netizen