Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

Video Zain Saidin memberikan kata-kata semangat untuk Kamal Adli selepas perpisahannya bersama Uqasha Senrose raih perhatian ramai. Sebak dengar kata-kata Zain..

Hari ini merupakan hari yang paling menyedihkan untuk Kamal Adli apabila perkahwinan yang dipertahankan akhirnya menemui titik noktah. Kamal dan Uqasha sah bercerai talak satu kira-kira jam 12.56 tengahari tadi di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sebagai rakan artis yang mengenali Kamal Adli, Zain Saidin tampil menerusi satu posting di akaun Instagramnya memberikan kata-kata semangat khas untuk Kamal. Menurut Zain, dia mengenali Kamal dan Uqasha dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Sebagai seorang ayah kepada seorang anak perempuan, Zain memahami perasaan Kamal yang memikirkan anaknya, Hawra Uqaira. Zain menyifatkan Kamal seorang lelaki dan ayah yang kuat dan yakin Kamal boleh mengharungi semua dugaan ini.

Zain juga menasihatkan Kamal agar tidak putus doa kepada Allah dan sekiranya Kamal dan Uqasha masih ada jodoh selepas ini, pasti suatu hari nanti akan bersatu kembali. Zain turut menawarkan diri sekiranya Kamal inginkan seorang teman sebagai pendengar.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ye betul ada hikmah, Inshaallah kita semua doa yg terbaik untuk mereka berdua, doa yg baik akan berbalik pada kita jugk Inshaallah.. “

” Thank you Zain for making this video and supporting not only Kamal but for those who might experiencing similar situation.. “

” Saya nangis tengok abang kamal bila dia sebut bab anak.. tapi betul apa zain cakap tu.. doakan yang terbaik je.. “

” Sama sama kita doakan kedua-duanya baik Kamal mahu pun Uqasha dapat jumpa kebahagiaan.. Aamin.. “

Zain juga memberikan contoh bagaimana Dato’ Hattan dan isterinya yang pernah bercerai hampir 10 tahun akhirnya kembali bersama. Segala hal jodoh adalah di tangan Allah dan Allah yang mampu menjentik hati makhluknya. Segala yang berlaku ada hikmah untuk Kamal.

Kata-kata Zain ini dipersetujui oleh warganet dan ramai mendoakan segala yang terbaik untuk Kamal dan Uqasha. Semoga Kamal dan Uqasha akan menemui kebahagiaan mereka dan seandainya masih ada jodoh bersama, segalanya pasti akan kembali seperti dulu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Zain Saidin  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak