Viral
” Bijaknya arwah Zara, nampak dia berani. Senyuman Zara tu, Ya Allah.. ” – Komen Netizen
Video throwback Zara Qairina membacakan sajak kemerdekaan buat ramai sebak. Berbakat sungguh Zara, suaranya penuh bersemangat. Cantik dan manis orangnya..
Nama Zara Qairina meniti di bibir orang ramai dan bersatu memperjuangkan keadilan untuk Zara. Jika dahulu ketika hayatnya Zara bukan siapa-siapa, namun kini setelah pemergiannya, nama Zara dijulang oleh orang ramai. Justice For Zara kedengaran di mana-mana.
Menerusi perkongsian di akaun Facebook Dhia Sinaran, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan persembahan arwah Zara dalam karnival bahasa dan mendeklarasi sajak kemerdekaan. Zara tampil cantik dan menawan dalam busana baju kurungnya disertai sehelai kain yang dijadikan selempang.
Zara memperdengarkan sajak yang sangat indah dan penuh bersemangat. Lontaran suara Zara jelas dan menaikkan semangat cintakan negara. Penampilan Zara yang memakai inner supaya aurat tangannya terjaga meraih pujian daripada warganet. Betapa Zara menitik beratkan bab menjaga aurat.

Cantik dan manis wajah Zara, senyumannya itu cukup menenangkan sesiapa yang memandangnya. Anak tunggal ini banyak membanggakan ibunya dengan pencapaian yang cemerlang dalam pelajaran dan juga aktif dalam pelbagai aktiviti luar darjah.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 600 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bijak dan berbakat, tpi allah lebih syg akan adik zara… d akhir zaman nt, bumi ni akan tinggal si jahil & bodoh sahaja… igt la tuan².. “
” Anak solehah. Pakai inner lg walaupun baju lengan sudah panjang menutup aurat. MasyaAllah.. Tahniah buat ke 2 orgtua yg mengajarnya. Anak Syurga. Walaupun tiada ikatan persaudaraan tp kami semua menitiskan airmata atas pemergiannya. Kami semua mendoakan semoga ada keadilan buat arwah. Damai dan tenanglah d sana.. “
” Arwah adik zara cantik cerdik dan solehah ptutla ade yg dgki di sekolah.. bidadari syurga.. moga allah mmbls pbuatan mereka yg buat arwah smpai hlg nyawa.. “
” Salah satu permata yg hilang d bumi sabah. Patut lah ,pembuli cemburu sama dia ni sebab pandai.. Anak yg bijak dan penuh dengan Aura melangkau sempadan negeri dan negara, itulah adik Zara Qairina. Alfatihah.. “
” Patutlah pembuli-pembuli tu dengki dgn arwah, bijak pandai dan solehah lagi.. kini arwah tinggal kenangan.. “
” Bijak nya arwah.. nampak dia berani.. senyuman arwah Zara tu ya Allah.. semoga keadilan terbongkar jua UTK mu Aamiin.. “
” Tak sanggup tengok video adik zara ni lgi .. tak sanggup dengar suara anak ni.. post2 videonya cepat2 scroll.. Air mata cepat tumpah.. “
Anak syurga yang tinggi dengan adab sopan, yang sentiasa menjaga auratnya serta seorang yang berbakat besar. Sayang sebutir permata berharga hilang begitu sahaja. Semoga semangat Zara ini menjadi inspirasi dan contoh untuk warganet yang lain. Tenanglah di sana bunga syurga, Zara Qairina.

Silakan SHARE..
Sumber : FB Dhia Sinaran
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen

