Artis / Selebriti
” Bijak betul si anak pun. Sepesen bapaknya juga melawak, confident kena ada, haha.. ” – Netizen
Video Shahrol Shiro Pulang Ke Rumah Berjumpa Dengan Isterinya Selepas Salah Menghantar Anak Mereke Ke Sekolah Lain Buat Ramai Terhibur. Nasib Tak Kena Cepuk Dengan Isteri, Si Anak Pun Semangat Bercerita. Penat Maknya Ketawa, Haha !!
Semalam video oleh pelawak Shahrol Shiro telah menjadi viral gara-gara Shahrol tersalah menghantar anaknya ke sekolah lain. Menerusi video itu, Shahrol menerima panggilan telefon daripada pihak sekolah meminta segera hadir ke sekolah tersebut untuk mengambil anak kerana salah sekolah.
Akui Shahrol hal ini terjadi gara-gara urusan menghantar ke sekolah sebelum ini dilakukan oleh isterinya, Nor Farhanah Syamimi. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Farhanah atau lebih mesra dengan panggilan Anna memuatnaik video ketika Shahrol pulang ke rumah menghantar anak mereka.
Ketika Anna membuka pintu rumah, dia terus ketawa apabila memandang wajah Shahrol. Shahrol sempat berkongsi cerita kepada isterinya dengan apa yang terjadi dan mereka saling ketawa tidak henti-henti. Selain itu, seloroh Anna pada penulisannya, ayah dan anak kedua-duanya mempunyai confident yang tinggi.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ramai yang meninggalkan komen pada video Shahrol bertanya adakah Shahrol dimarahi oleh isterinya gara-gara tersalah menghantar anak ke sekolah lain. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh Anna menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dengan perkongsian oleh isteri Shahrol dan pelbagai respon diberikan mereka. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bijak betul si anak pun. Sepesen bapaknya juga melawak, confident kena ada, haha..Kelakarrr nasib Iqi pndai… Buatnya sampai hbs kelas, ayah hntar sekolah lain mami ambik skolah lain.. “
” Hahahahaa aku laaa. Bapak nya confident sbb anak nya confident.. Haha tak habis gelak dri malam tadi tengok tiktok pasal iqi salah skolah. Mama ana gelak dgn kita2 terikut gelak, anak beranak mmg lawak lah..”
” Tak pernah dibuat org hahahahaha… Paling dekah cikgu tuu ckp sharol mabok ke.. Adoiii bapak eh.. Kenangan betul tahun ni.. “
” Sbb tu lah pentingnya tagging nama tu.. Nasib seluar dia pakai tu ada lencana. Nasib dia tak hantar sek p bandar Anna oii.. “
” Hahahahhahahahahaha adoi kejung perut hahahaha dengar Shahrol cerita.. Si wife pun kemain ketawa kuat betul, hahaa.. “
” Nahhh mak kau gelak haha aduiiii naya anak kene prank.. Penat ketawe, confident tinggi betul bapak ngn anak ni, haha.. “
” Ayah tu buat pengajaran lepas ni amek tahu anak sek mna.. Gelak mama dia lg menarik perhatian kita wak.. Pastu tgok lg sekali utk faham cerita dia.. “
Nasib lah si isteri pun cool je, tak marah-marah, siap ketawa tak berhenti. Tapi kejadian itu sebenarnya memang mencuit hati, lagi-lagi mendengar anak Shahrol berkongsi cerita ketika berborak bersama guru di sekolah tersebut. Sempat lagi bagitahu yang ayahnya seorang pelawak, haha.

Silakan SHARE..
Sumber : IG anna_danisha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

