Artis / Selebriti
” Betul, dah bercerai. Kita orang terima lelaki itu seadanya.. ” – Anak Bonda Rozita Ibrahim
Video anak perempuan Bonda Rozita Ibrahim menjelaskan isu ibunya sudah berkahwin lain raih perhatian ramai. Matang betul cara Ain bercakap. Harap selepas ini tiada lagi yang tanya dah, kesian kat adik-adik Ain..
Baru-baru ini tular cerita yang mengatakan usahawan kosmetik dan produk kesihatan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim telah berkahwin lain. Hal ini disebabkan ada video live Bonda yang memaparkan seorang lelaki berada di sampingnya ketika mereka bercuti di luar negara.
Terbaru meninjau di akaun Instagram milik Bonda sendiri, telah dikongsikan video yang memaparkan anak perempuan Bonda bernama Ain membuat video live dan memberikan respon mengenai isu perkahwinan ibunya. Kata Ain, ibu dan ayahnya telah pun bercerai dan cerita mengenai ibunya sudah berkahwin lain itu adalah benar.
Kata Ain lagi, dia meminta hal tersebut tidak dibesarkan dan menjadi isu yang serius. Akui Ain, bukan ibunya tidak mahu memberitahu kepada umum mengenai perkahwinan tersebut kerana jika diumumkan tetap menerima kecaman dan begitu juga jika tidak diberitahu.

Selain itu, kata Ain lagi, meskipun ibu dan ayahnya sudah berpisah, hubungan keluarga antara mereka masih tetap baik. Bahkan, Ain juga meminta kepada sesetengah pihak agar tidak lagi bertanya kepada ahli keluarganya yang lain mengenai perkahwinan Bonda ini memandangkan dirinya sudah memaklumkan perkara ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Masalahnya tu peribadi dia.. Suka hati dia la nak terangkan ke tidak..skrg anak dia nak tlg jelaskan kira baik dh.. Ada benda sebagai org luar kita x sptutnya tahu.. Bulan pose jgn nak menyibuk sgt.. “
” Ain bersabarlahlah sayangilah ayahanda ain sesungguhmya kehidupan ain jauh kedepan ain anak yang baik didikan dady yang kuat agama.. “
” Even tho bonda ni public figure, tidak semestinya bonda nk kena cerita hal peribadi dia. it’s up to diorg la nk share ke tak ke. Kalau kita kt tmpt diorg pun xnk org tahu too personal life kita kan.. “
” Ingat tak shbt ni dibulan ramadhan.. Knp ek sbgai manusia yg penuh dosa nk menilai org.. Knp nk prsoal kehdupn org.. Geram baca komen2 yg tak munasabah.. Kita tak ditempat bonda knp ek nk soal sldik n bgi.. “
” Bagus Ain ni… Bijak & beradab. Org luar pun, lebih sudu dari kuah. Doa je baik2.. Cakap baik2.. Semoga bonda bahagia dengan suaminya.. “
” Tak kisah siapapun yg declare. Tapi suka dgn cara ain. Cara dia susun tutur kata. Dia sgt bijak. Dia tak buka aib sesiapapun. Dia cuma bagitau pkara sbnr supaya dpt elakkn fitnah. Btul dh tu cara dia.. “
” Bagus didikan ayahnya pasal agama. pendorong dia lebih matang bfikiran postve.. Tengok Ain… Persis wajah Bonda.. Waris Bonda yg boleh sambung legasi Bonda.. “
Ramai yang menyukai cara Ain bercakap. Kata warganet, Ain seorang yang matang dan tinggi budi pekertinya. Apa-apa pun, tahniah diucapkan kepada Bonda, semoga perkahwinan Bonda kali ini akan bahagia dan berkekalan sehingga lah ke syurga. Sama-sama kota mendoakan yang baik-baik untuk Bonda dan keluarga.

Silakan SHARE..
Sumber : IG & Tiktok Bonda Rozita Ibrahim
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Cantiknya bakal menantu. Macam iras muka Memey.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Moment i knew you were truly love with her was the moment.. ” – Spacedollah

