Artis / Selebriti
” Betul-betul mengimbau kenangan bersama Sarah lagu ni. Pedihnya orang dah pergi tak akan kembali.. ” – Komen Netizen
Video Bekas Vokalis ST12, Charly Van Houten Dan Shuib Sepahtu Menyanyi Lagu Kehilangan Menyentuh Hati Ramai. Sebak Dengar Suara Shuib. Muka Tersenyum Tapi Suara Bergetar Sangat !!
Charly Van Houten pernah bergelar vokalis band ST12 iaitu salah satu band yang popular di negara jiran , Indonesia. Charly bergerak secara solo selepas keluar dari band ST12 dan suara gemersiknya itu terus menjadi kegilaan ramai. Charly memiliki auranya tersendiri, maka tidak hairan lah Charly masih diminati baik di Indonesia mahu pun Malaysia.
Meninjau entry di akaun Tiktok Dol’s Podcast, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Charly berduet bersama Shuib. Untuk makluman, Charly menjadi tetamu jemputan Dol’s Podcast untuk episod 8. Menerusi video ini, Charly menyanyi sambil bermain gitar.
Shuib memulakan nyanyian dan ternyata vokal dan tone suara Shuib kedengaran agak merdu. Suara Charly yang husky juga membuai rasa yang mendengar. Ramai di kalangan warganet yang tersentuh mendengar suara Shuib kerana lagu Kehilangan ini seperti berkait dengan kisah hidup Shuib bersama arwah Siti Sarah.

Bait-bait lirik dalam lagu ini cukup mendalam maksudnya dan mampu membuatkan orang menitiskan air mata. Bukan mudah menghadapi satu kehilangan dan itu lah yang digambarkan dalam lagu berkenaan. Jika ada lagu duet baru Charly dan Shuib tentu gempak dan menjadi siulan ramai.
Jom tonton video di bawah :
@dolspodcast Duet istimewa Charly & Shuib nyanyi lagu Kehilangan. Korang kena layan! EPISOD 8 di youtube Shuib Channel! @Shuib Sepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @CHARLYVANHOUTEN #DolsPodcast Jom dapatkan Perfume Paradise sekarang melalui Tiktok Shop PerfumeParadiseHQ & Jangan lupa follow IG : PerfumeParadiseHQ & TT: @Perfume Paradise HQ !! Bauan Intrend dan tahan lama. Spray boleh tahan lama sampai malam !! @perfumeparadisehq
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 40 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dapat aku rasa part sedih lagu ni dalam hati shuib.. dia nyayi dari hati utk org yg beliau rindukan.. alfatihah untuk arwah siti sarah.. ”
” Suara charly mmg power gilaa, suara Shuib pun best. terus teringat kehilangan… sedih tgok Suib lepas kesayagan dia pergi.. getar suara ib tu buat kita sayu.. muka senyum tapi dalam hati menangis orang tak tahu.. ”
” Shuib ni kalau belajar vocal betul2 boleh pergi ni suara dia.. mantapp ib hampir tak boleh beza suara charly dengan shuibb.. charly lepas habis nafasnya mantap.. ”
” Betul-betul mengimbau kenangan bersama Sarah lagu ni.. pedih mat orang tu dah pergi selamanya dan tak akan kembali.. ”
” Sedapnya suara dua-dua ni .kena betul paduan suaranya duet sama shuib.. wowww meletopp.. ”
” Dulu sebelum jd artis suip mmg selalu menyanyi kat kedai mawi. Blh tgk portcast mawi ada cerita ni.. sedap suara shuib. dengar sebijik2. jelas perkataan dya sebut.. ”
” Masa arwah sarah ada, banyak dia ajar shuib nie vocal nyanyi.. suara Shuib makin lama makin sedap dengar.. suara boleh pergi jauh Shuib ni nyanyi lagu ni sambil duduk wow.. ”
Paduan suara yang menusuk ke hati pendengar, sedap sungguh suara Shuib dan Carly. Sambil duduk pun tetap power suara mereka. Bak komen warganet, Shuib memiliki suara yang merdu dan boleh pergi jauh lagi sekiranya terus diasah bakat menyanyinya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Dol’s Podcast
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin

