Connect with us

Artis / Selebriti

” Bestnya suara Scha dan Jaz menyanyi lagu ni. Ada bakat terpendam.. ” – Komen Netizen

Video Jazmy Juma Dan Scha Elinnea Berkaraoke Santai Bersama Pelakon Drama Nuh Dan Nayla Raih Perhatian Warganet. Wah Merdunya Suara Jaz Dan Scha, Sambil Duduk Pun Suara Padu. Bukan Pandai Berlakon Je, Menyanyi Pun Sedap !!

Drama Nuh & Nayla yang sedang bersiaran di saluran TV3 antara drama yang menjadi tumpuan ramai pencinta drama Melayu tempatan. Gandingan 2 pelakon utamanya, Scha Elinnea dan Jazmy Juma ternyata memberikan impak besar kepada drama ini.

Beberapa jam yang lalu, telah berlangsungnya program Karok Santai bersama pelakon Nuh & Nayla. Kesemua pelakon-pelakon drama ini berkumpul dan memperdengarkan suara mereka dan video nyanyian tersebut dimuatnaik untuk tontonan peminat.

Menerusi akaun Instagram TV3 Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Scha dan Jazmy berpadu suara menyanyikan lagu Ombak Rindu. Siapa sangka kedua-dua figura ini memiliki bakat menyanyi. Suara mereka juga boleh tahan dan sedap didengar.

Ramai yang teruja setelah mendengar suara Scha dan Jazmy dan memuji kemerduan suara mereka berdua. Seronok warganet melihat kemesraan bintang utama Nuh & Nayla ini. Pastinya peminat akan merindui lakonan Scha dan Jazmy setelah drama Nuh & Nayla ini berakhir.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Merdu suara Scha dan Jaz ni.. Habis Nuh dan Nayla nanti, pasti rindu nak tengok Scha dan Jaz dalam 1 frame.. ”

” Wah nangis la dorang nyanyi lagu ni.. Sedapnya suara Scha dan Jaz.. terbaik Nuh dan Nayla.. Nuh Nayla selamanya.. ”

” Sedap suara Scha dan Jaz ni.. always my favourite couple.. bestnya dengar dorang nyanyi lagu ni.. ”

” Suka tengok Jaz dan Scha berduet.. Lagu buat nangis lah.. nuhnayla.familia nanti lagu happy lagu jika Kay tiada – yusri Dan erra lirik nya sesuai sangat nuh & nayla.. ”

” Cantiknya Scha.. Noh muka dia seakan-akan muka Aiman Hakim, husband Zahirah.. love korang berdua ni.. ”

” Tak sangka dua-dua ni suara best.. sambil duduk pun merdu eh suara, tak puas dengar.. suka tengok Scha dan Jaz ni.. sepadan je.. ”

” Wah lagu Ombak Rindu lah.. bestnya suara Scha dan Jaz menyanyi lagu ni.. ada bakat terpendam. relax je nyanyi sambil duduk macam tu.. ”

Seronok warganet mendengar gandingan suara Scha dan Jazmy itu. Menyanyi secara santai sambil duduk pun tetap padu suaranya. Pasangan drama yang akan dirindui oleh ramai peminat selepas ini. Semoga Scha dan Jazmy maju jaya selalu dan bersinar dalam dunia seni tanah air.

Silakan SHARE..

Sumber : IG TV3 Malaysia

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT