Artis / Selebriti
” Bestnya persembahan Ayda dan Dato’ AC. Dari mula sampai habis tak berkelip mata.. ” – Komen Netizen
Video Persembahan Ayda Jebat Di Pentas The Hardest Singing Show Bertemakan Tarian Buat Ramai Kagum. Wah Ada Dato’ AC Mizal Sama Lah. Gempak Betul Bila Bergabung. Tarian Tu Power !!
The Hardest Singing Show minggu ke 3 kembali lagi bersiaran di kaca TV dan minggu ini tema Mega Dansa iaitu tarian menjadi cabaran untuk semua peserta. Seramai 8 orang peserta berentap minggu ini iaitu Aisha Retno, Putera Muhammad, Zizi Kirana, De Fam, Aepul Roza, Ayda Jebat, Stacy dan Kaka Azraff.
Persembahan daripada Ayda antara yang dinanti-nantikan kerana Ayda sering melakukan element kejutan pada setiap minggu. Jika pada minggu lalu satu ‘zoo’ Ayda bawakan ke atas pentas, kali ini ‘keretapi’ pula yang dipersembahkan untuk semua. Lebih menarik lagi, Dato’ AC Mizal menjadi artis jemputan Ayda.
Meninjau akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan Ayda itu. Ayda mendapat tugasan lagu Bollywood, Chaiyya Chaiyya dendangan asal Sapna Awasthi dan Sukhwinder Singh. Lagu ini antara lagu kesukaan ramai dalam filem Dil Se lakonan Shah Rukh Khan.

Tarian Ayda dan para penarinya memang menggamatkan suasana. Kehadiran Dato’ AC menambahkan lagi rencah dalam persembahan Ayda. Lagu dan tarian yang sempurna membuatkan warganet merasai suasana Bollywood yang cuba ditampilkan oleh Ayda dan teamnya itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Terus teringat scene lagu Chaiyya Chaiyya menerusi filem Dil Se tak lama dulu. Tahniah Ayda Jebat atas persembahan yang ‘out of box’.. ”
” Bestnya persembahan Ayda Jebat dan Dato AC.. Dari mula sampai habis persembahan Mat tak berkelip mata ye.. memang TERBAIKKK.. ”
” Mula duk fikir siapa SRK tu, rupanya Dato’ AC. Terbaik Tq Dato.. memang persembahan Dto AC dgn ayda the best gila puas hati kami smua.. ”
”Persembahan yg WOW.. Terbaikkk dari Ayda Jebat.. Betul Bollywood persembahan malam ni .. love sangat .. ”
” Betul mega dansa.. best betul yer… persembahan AJ combine dgn dato ac.. meletop kebaboom.. ”
” Weiiii nak ikot menari sama.. Suke tgk persembahan Ayda Jebat.. setiap minggu mesti lain dari yg lain… Setiap minggu dapat tengok persembahan yg di luar jangkaan.. TERBAIKK.. ”
” Wow… motor pulak minggu ni… lepas ni kenderaan apa la pulak yee .. ayda jebat ni lain macam persembahan dia. datuk ac muka nmpk penat tapi enjoy jee menari steadyyy lah dato.. ”
Ayda antara peserta yang consistent setiap minggu dalam persembahannya. Walaupun hanya mendapat tempat keempat untuk minggu ini, pujian juga diberikan kepada Ayda dan Dato’ AC untuk usaha mereka untuk menghiburkan semua. Semoga Ayda berjaya sampai ke peringkat akhir dan memperolehi kejayaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Majalah Remaja, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Siti Sayah au au au au. Comel, bijaknya Ayash. Suka dengar dia sebut nama ibu macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ustazah, dia nak pi dapur pun, dia datang ci um tangan saya.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yang belakang tu bukan main intai celah tiang eh. Menyibuk je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedap suaranya, lepas ni Hafiz boleh berduet dengan isterinya sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Thank you so much sebab jadi mak tiri yang tak pernah kedekut, tolong daddy bila daddy tengah susah.. ” – Thalita

