Artis / Selebriti
” Bestnya halaman rumah Kak Rara, buat wedding ala-ala forest mesti nice.. ” – Netizen
Sharifah Shahirah Kongsi Video Keindahan Halaman Rumah Dusunnya Tarik Perhatian Netizen. Wah Cantiknya, Tenang Je Tengok. Siap Ada Jakuzi Tepi Sungai Lah !!
Meninjau di akau Instagram milik pengacara radio, Sharifah Shahirah atau Shiera telah berkongsi video yang memaparkan kawasan halaman rumah dusunnya. Kedengaran suara Shiera menyanyi ketika merakamkan video tersebut.
Perkongsian video itu telah menarik pehatian netizen. Ada yang terpesona melihat keindahan halaman rumah dusun Shiera. Ini bukan kali pertama dikongsikan oleh Shiera. Sebelum ini juga Shiera ada berkongsi beberapa video kawasan berdekatan rumahnya itu.
Dalam video berkenaaan, kelihatan rumahnya dikelilingi dengan pokok-pokok durian. Bukan itu sahaja, turut mempunyai aliran sungai kecil di tepi rumah dan mempunyai sebuah jakuzi berwarna putih untuk anak-anak Shiera bermain air sambil melihat keindahan alam.

Ada peminat Shiera menyatakan yang kawasan rumah Shiera jika membuat majlis perkahwinan bertemakan hutan pasti kelihatan sangat cantik. Sehingga kini setiap perkongsian video-video tersebut telah mendapat ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Jom tonton video-video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan warganet dan rata-ratanya memuji halaman rumah Shiera. Antara komen-komen menarik :
” Bestnya halaman rumah Kak Rara, buat wedding ala-ala forest mesti nice. Tenang je tengok kawasan keliling rumah Kak Rara.. “
” Woww siap ada jakuzi lagi tepi rumah, kemain seronok deydey dapat balik rumah dusun, main air tepi sungai.. “
” Hebat lah wlpn simple rasa tenang je. Bila musim durian ni mesti lagi best kan, hehe. Teringin juga nk ada rumah dusun macm rumah Kak Shiera.. “
” Mmg merdu sgt suara akk, best lagu akk nyanyi kn sambil tengok depan rumah yang sangat indah dan tenang, sukanya tengok.. “
” Sungai tu bestnyer. Cantik lah konsep Shiera buat ni, ptt lah Shiera suka balik rumah ni, memang seronok lah, tenang.. “
” Comelnya bekas mandi tu, beli di mana Kak Rara, semp0i lah. Nampak bahagia betul Abg Ijoy tidur dekat khemah, haha.. “
” Indahnya air sungai tu, nampak bersih sangat. Mesti mahal kan tanah rumah kebun ni Shiera beli, luas betul tengok.. “
Memang cantik lah rumah dusun Shiera, melihat kepada kehijauan dan landskap yang dibuat oleh Shiera sangat menyenangkan. Boleh lah dijadikan contoh konsep bagi sesiapa yang ingin membuat rumah dusun seperti rumah Shiera ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ni nak tanyalah, apasal kau pergi ambil tauke kueh ni. Aku ni Chef menunggu tau.. ” – Datuk Chef Wan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Giler aku gelak weh. Dia start dengan Anwar Ibrahim je aku dah berdekah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masyaallah, merdunya laungan azan Uwais.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wow petanda apakah ini, macam betul je. Terkejut tengok gambar ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia mari dengan kecek Kelate pulop doh. Lawak la Kak Lina ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah Paknil, saya nak cari RM30 sekarang pun susah Paknil.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suara Dato’ Aliff sedap je. Sengaja buat-buat suara kepit nak bagi view naik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen

