Artis / Selebriti
” Best duet ni, collab please kak Kepom dengan adik Aziz.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein Dan Aziz Harun Berduet Menyanyi Lagu Anita Sarawak, Akhirnya Kini Pasti Raih Pujian Ramai. Wah Padu Lah Duet Kak Lina Dan Uncle Aziz Khawla Ni, Hehe !!
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan duet antara Elly Mazlein dan Aziz Harun telah meraih perhatian ramai. Mereka menyanyikan lagu berjudul Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak.
Ini merupakan kali pertama Elly berduet bersama Aziz Harun yang merupakan penyanyi berasal dari Brunei Darussalam. Gandingan kedua mereka berjaya menjadikan lagu tersebut cukup sedap didengar. Bagi Elly apa jua genre lagu, tidak menjadi satu masalah baginya.
Ramai yang memuji paduan suara kedua-dua penyanyi ini yang sangat serasi, namun ada juga yang menyatakan Aziz tidak sesuai membawakan lagu genre begini. Ini kerana Aziz selalu membawakan lagu yang berentak slow berbanding lagu ini yang cukup rancak.

Apa pun ia bergantung kepada pendengaran masing-masing. Ada yang merasakan ia sedap didengari dan sebaliknya. Perkongsian video ini telah menerima lebih dua ribu tanda suka dalam tempoh beberapa jam ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang suka mendengar duet antara Elly dan Aziz. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen :
” Bestnya.. Aduhh kepom. Ada je ye nk mnghiburkan. Tgk azizharun212 teringat anak erniezakri si Lala comel.. dapnya suara aziz.. “
” Oh wow, Best pula duet ni.. Duet m4vt akhirnya kini pasti.. terbaik.. nak lagi kak lina.. more song please kak lina dan aziz.. “
” Lagu ni memang sesuailah dgn perwatakan kaki lina tp xsesuai dgn aziz harun tenggelam terus suara dia aziz sesuai lagu slow romantik.. “
” Best kak lina.. Pompom tipu.. ini mesti AI kannnn kan kannnnnnn.. Kak lina always menghiburkan.. tak pernah tak padu suara tu.. “
” Best duet ni… best.. best.. best.. collabb pleassee kak kepom ngn adik aziz lagu ni nyanyi.. mantap pak ajis.. terbaik.. “
Sekadar info, Aziz Harun merupakan seorang penyanyi dan pelakon yang berasal dari Brunei Darussalam. Aziz mula dikenali menerusi single pertama di Malaysia iaitu “Senyum” dikeluarkan pada tahun 2014. Pada tahun 2019, Aziz merupakan salah seorang daripada 12 peserta Big Stage musim kedua.

Hampir setiap minggu ada sahaja artis yang menjadi pilihan Elly untuk berganding bersama. Agaknya selepas ini siapa pula artis pilihan yang akan berduet dengan Elly. Suara Elly memang sedap dan merdu dalam menyanyikan apa sahaja lagu yang diberikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Eraje
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Memang berdekah lah dengar Erra bidas balik usikan Dato’ Awie tu. Kan dah kena setepek, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah dapat menantu Kak Long Ziela. Sepadan, bagai pinang di belah dua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sembilu 3.0 Versi Gen Z. Tak sangka klon betul semua.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bergetar suara Mr E bercerita. Nampak dia happy, cool rupanya di sebalik penuh cerita sedih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tegas dalam menjawab tapi penuh dengan adab, tersusun cara bercakap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya macam, alah apa yang nak dikisahkan dengan Erra Fazira.. ” – Mr E
-
Artis / Selebriti4 days ago” Susah lah Sha nak repair balik dua beranak ni. Dua-dua dah rosak teruk, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terus tergagap member tu. Sekali dah merah muka, haha.. ” – Komen Netizen

