Connect with us

Artis / Selebriti

” Berpeluh-peluh Remy, pucat muka gayat punya pasal. Tuah rileks je, haha.. ” – Komen Netizen

Video Gelagat Mencuit Hati Remy Ishak Bersama Isteri Dan Anak Mereka, Tuah Alam Menaiki Cable Car Buat Warganet Terhibur. Punya Lah Gayat Hero Malaya Ni, Banyak Kali Lap Muka. Kaki Pun Terketar-ketar. Tuah Jugak Yang Santai, Hehe !!

Meninjau entry di akaun Tiktok Miss Viral TV, telah dikongsikan satu video yang memaparkan hero Malaya, Remy Ishak bersama isterinya, Ezza Yusof dan anak mereka, Tuah Alam sedang bercuti di Pulau Langkawi. Antara yang menjadi aktiviti pilihan ramai apabila bercuti di situ ialah menaiki cable car.

Bagi yang mengikuti Remy, pastinya mengetahui Remy ini mempunyai satu kelemahan iaitu gayat apabila berada di tempat tinggi. Dari awal video lagi, reaksi Remy mencuit hati warganet. Remy meriba Tuah di atas ribanya sambil merakam telatah mereka sekeluarga.

Pada awalnya Remy masih boleh mengawal rasa gayat tetapi apabila terpandang sahaja pemandangan di bawah kaki yang menampakkan pokok-pokok, Remy spontan menjerit. Sesekali Remy mengelap peluh yang membasahi wajahnya itu. Wajah Remy berkerut, kaki pula tidak boleh diam dan terketar-ketar.

Ezza sendiri tergelak melihat telatah suaminya itu. Remy kelihatan begitu gayat tetapi Tuah kelihatan santai dan bersahaja. Warganet turut berseloroh mengusik mengatakan yang Remy sudah kalah dengan anaknya sendiri. Reaksi wajah Remy yang ketakutan mencuit hati ramai.

Jom tonton video di bawah :

@missviraltv

Tuah tenang je naik kereta kabel Langkawi, ayahnya pulak ayooo haha Kelakar tengok reaksi muka Remy Ishak πŸ˜‚ kisahartismalaysia missviraltv artismalaysia

♬ original sound – Miss Viral TV – Miss Viral TV

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Weih, teringat bts cite lelaki kiriman tuhan.. mira mengusik dia masa naik kabel car ni la haha.. “

” Hahahaha… baru tau hero malaya gerun tinggi rupanya.. Ayah tuah kena sebut β€œaction” konpem auto berani.. “

” Anaknya releks je, tapi bapaknya ya rabbi. muka takut tu nampak betul. sampai menggigil kaki haha.. lawak betul remy.. “

” Dato ni jgn lupe dato ni hero malaya tau.. haha.. Tuah nie selalu relaks je… muka tenang.. malu lah ayah dekat tuah haha.. “

” Hahaha ank dia sumpah relax.. sampai berpeluh ayah takut gayat punya pasal.. Keras kejung dia pegang rail sampai kaki ketar2 babe.. “

” Berpeluh-peluh Remy haha.. tengok ayah, tuah rileks je.. Hero Malaya dirampas oleh Tuah.. Daddy fail.. “

” Bapaknya berpeluh, anak rilek santai je haha.. Pucat muka Remy gayat punya pasal.. maaf tergelak tengok Remy haha.. “

Alahai ayah, kali ini ayah kalah dengan Tuah. Tuah lagi berani, senyap tak berbunyi langsung suaranya. Ayah pula terlebih berbunyi, sampai terketar-ketar kaki tu. Apa-apa pun, ini pengalaman manis buat Remy, Ezza dan Tuah. Walaupun ayah gayat tetapi demi Tuah, rela melawan rasa takut itu. Terbaik lah ayah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Miss Viral TV

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT