Artis / Selebriti
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
Video Maryam You Narae menasihati anaknya, Rina untuk berbahagi kasih dengan adiknya, Rian buat ramai tersentuh. Bergenang air mata Rina bila Omma cakap macam tu. Part last tu sebak dengar kata-kata Rina..
Siapa yang tidak mengenali pemilik nama, Maryam You Narae. Kehidupan Maryam bersama suaminya, Ryzal Ibrahim dan anak-anak mereka, Rina dan Rian seringkali menjadi perhatian warganet. Rina bakal berusia 4 tahun pada bulan Oktober akan datang, manakala Rian pula baru 3 bulan usianya.
Ibu dan ayah selalu menghadapi masalah untuk menerangkan kepada anak sulung yang sedikit terganggu emosinya apabila adiknya baru lahir. Begitu juga dengan Rina yang ada masanya tidak dapat menerima apabila Maryam selalu melayani dan bersama Rian melebihi daripada dirinya.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Duriankimchi, telah dikongsikan satu perbualan antara Maryam dan Rina. Maryam bertanyakan kepada Rina adakah Rina okey melihat Omma selalu mendukung Rian. Rina pada awalnya menjawab tidak okey kerana dia juga mahu didukung seperti dahulu.

Maryam menyusun kata yang paling bagus agar dapat membuatkan Rina faham Rian masih kecil dan memerlukan pertolongan Omma kerana belum mampu melakukan banyak perkara sendiri seperti Rina. Jawapan Rina pada akhir perbualan itu mengundang sebak ramai.
Jom tonton video di bawah :
@uyounik Mula-mula Rina cakap tak nak… tapi last sekali dia cakap macam ni…
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 24 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Bagus sbb dia tnye perasaan ank dia.. dia jgk explain knpa dia dukung rian.. so ank tu tahu sbbnya.. kdg² kita ni x explain sbb aggp ank² ni x fhm.. tp budak² sng je nk hadam kalo kita explain.. “
” Macam ni baru betul didik ank. Baru anank anak takde cemburu dengan adik beradik.. tepat sekali Cara Maryam didik anak.. Cara ini lhh yg Akan membuat anak tahu cara beri kasih Sayang.. “
” Cerdiknya Rina ni.. sedihhhhnya tgk ekspresi rina… itula pengorbanan anak sulung kan… apapun mariam pun sgt kuat mesti mariam selalu nangis kan.. “
” Tak semua parents dapat explain macam ni dekat anak sulung.. good job mariam for setting an example.. “
” Berkaca kaca mata Rina. nk nangis tu tp bila mama dia terangkn dgn baik satu persatu dia jadik lmbut hati… nmpk tak ibu ayah kena ada ilmu parenting mcmni.. “
” Lahhhh, aku pulak menangiss teresak-esak pulak dah. Rina xnangis rina kuat. ending nya, aku tak expect.. sedih dan terharu… salute to Mariam explain Rina baik2.. “
” Rina di ajar skil berfikir.. Walau pahit mata berkaca terima hakikat yg dia x dapat perhatian sepenuh mcm dulu.. Gitu lah kehidupan, makin besar makin bnyk yg merasa ujian kehidupan.. Moga jd ank soleh bhgia dunia akhirat.. “
Bukan mudah untuk memberi pemahaman kepada anak yang baru setahun jagung usianya, namun Maryam berjaya mendidik Rina dengan asuhan yang betul. Ilmu parenting yang Maryam tunjukkan kepada umum boleh dijadikan satu contoh yang baik agar tidak timbul rasa iri hati antara adik beradik. Sebak melihat Rina yang bergenang air mata tetapi bangga kerana Rina anak yang baik.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Duriankimchi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais antara anak yang jarang meminta. Tapi kalau sekali dia minta, memang harganya yang.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sangka selunak ni suara Yosh, tone dia unik ala-ala Ning Baizura.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kesian orang Melaka kena fitnah dengan Rina.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa nak marah-marah saya. Jodoh saya, jodoh saya lah. Itu bukan urusan anda semua.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau ada kata-kata yang pernah terluah melebihi batas, itu cuma.. ” – Dr. Fie Tawfek
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak boleh suap-suap macam tu. Kak Ina tak tegur ke ? Kak Ina tegur.. ” – Ina Naim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Seganas ganas babah, redho je kena goreng dengan anak ehh, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Lah perangai kelakar mak dia jugak. Ceria macam mak dia. Blur tu comel je.. ” – Komen Netizen


