Artis / Selebriti
” Berdekah weh, macam tu je Tok Adi kenakan Kecik, haha.. ” – Netizen
Video ‘Lawak Atau Koyak’ Kecik Bersama Nasir Bilal Khan Buat Ramai Terhibur. Macam Tu Jer Tok Adi Koyakkan Kecik, Hehe !!
Konten Lawak Atau Koyak oleh pengacaranya yang dikenali sebagai Khalique atau mesra dengan panggilan Kecik sering menghiburkan hati ramai. Untuk pengetahun, konten Lawak Atau Koyak ini berkonsepkan temubual spontan dan jenaka.
Kecik berperanan sebagai wartawan hiburan dengan membawa karakter lurus bendul menemubual selebriti pilihannya. Meninjau di akaun TikTok Astro Gempak telah dikongsikan video baru yang memaparkan Kecik menemubual pelakon Nasir Bilal Khan.
Sebut sahaja nama Nasir Bilal Khan pasti ramai yang mengenalinya lagi-lagi Nasir terkenal dengan watak lakonannya sebagai Tok Adi iaitu seorang penggali kubur. Kecik menyakat yang Tok Adi mirip seperti Nasil Bilal Khan. Nasir pula berseloroh mengatakan yang Nasir Bilal Khan adalah abangnya.

Bukan itu sahaja, Kecik menyakat lagi dan mengatakan Nasir pernah membintangi filem international. Siapa sangka Nasir berseloroh lagi mengatakan lelaki tersebut adalah sepupunya. Perkongsian video tersebut sehingga kini telah ditonton lebih 300 ribu tontonan dan menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
@astrogempak Rupanya ramai sedara mara Nasir Bilal Khan yang berlakon. Tapi soalan @Kecik panas sangat, sikit je lagi nak kena tanam hidup-hidup. Korang tengok sampai habis Kecik masih hidup ke tak? Video #LawakAtauKoyak di gempak.com/zon-lawak & youtube Astro Gempak. @Gempak
@astrogempak Tulah, sibuk sangat hal orang. Orang nak kerja pun kau sibuk2. Dah tengok #IklanRayaAstro ? Kalau belum layan di AstroRaya.com.my . #MasaAnugerahTerindah #AstroBaharu #MasaBersama
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur menonton telatah Nasir bersama Kecik. Antara komen-komen menarik adalah :
” Berdekah weh, macam tu ja Tok Adi kenakan Kecik, haha.. Muka serius tapi kelakar sangat, hahaha.. Kecik2 kau silap orang lah.. “
” Steady rupanya Tok Adi ni.. Susah betul nak koyak, sekali dia pula cool koyakan Kecik, hahaha.. Tok Adi ni bg watak komedi pun mnjd jugak. Contoh telemovie kata gengster.. “
” Sebelum korang dia tukar nama tok adi nama dia Abuja, Tok Adi tu baru jer tukar.. Terrfikir gak Tok Adi penggali kubur tapi tak pernah tngok dalam tv dia gali kubur, haha.. “
” Abang dan sepupu ahahahahahha habis semua adik beradik dia yang berlakon. Dengar dia ketawa pun kita sekali mengekek ketawa, haha.. “
” Kalau nak jadi yang pertama boleh..HA HA HA HA “ The jokes that makes me goosebumps.. Ambik kau Kecik macam tuj je kena, hahaha.. “
” Steady la Tok Adi ni… Tak koyak langsung. Kita yg tgk pun tergelak sama, hehehe.. Antara pelakon yang sangat berbakat.. “
” Kecik nak jadi org pertama ke? tok dah tanya tu.. Suka betul aku dgn nbk ni. Vibe dia mcm atuk2 kita dulu. Suka melawak dad jokes versi org kg.. “
Berdekah warganet melihat Kecik ‘kena game’ dengan Nasir. Halus sahaja cara Nasir menyakat Kecik kembali. Apa-apa pun, terbaik lah Nasir. Umum mengetahui yang Nasir adalah antara pelakon yang sudah lama menapak dalam industri seni dan lakonannya dari dahulu hingga sekarang sering mendapat pujian ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok astrogempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen



