Artis / Selebriti
” Bercinta dari muda sampai ke tua. Sweetnya tengok pasangan ni.. ” – Komen Netizen
Video ibu YB Syed Saddiq, Puan Sharifah Mahani membuat kejutan sempena hari lahir suaminya raih perhatian ramai. Alahai, sweet betul Mama dan Abuyah YB, cair tengok cara Mama YB buat surprise macam ni..
Ahli politik muda yang disegani, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sememangnya dikenali ramai. Bukan sahaja kerana kepimpinannya yang berwibawa, tetapi juga kerana hubungan eratnya dengan kedua-dua ibu bapanya. Setiap kali perkongsian mengenai YB Syed Saddiq bersama ibu dan bapanya dimuatnaik, pasti menarik perhatian ramai.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram primavalet, telah dikongsikan sebuah video Mama YB Saddiq, Puan Sharifah Mahani membuat kejutan istimewa sempena hari lahir suaminya ketika mereka berada di Pulau Langkawi. Untuk info, Mama dan Abuyah YB Saddiq berada di sana bagi menemani YB Saddiq menyertai Ironman.
Ramai yang memuji kemesraan pasangan ini yang dianggap sebagai contoh terbaik buat anak-anak muda masa kini. Tidak kurang juga yang menyatakan sifat romantik kedua ibu bapa YB Syed Saddiq jelas menjadi cerminan kepada keperibadian YB Saddiq yang penyayang serta penuh rasa hormat terhadap keluarga.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Alahai, sweet sungguh Mama dan Abuyah YB. Tidak hairanlah YB Saddiq membesar sebagai anak yang penuh hormat dan penyayang, persis didikan daripada ibu bapa yang saling menghargai serta penuh kasih sayang.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya sangat menyukai perkongsian video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bercinta dari muda sampai ke tua. Sweetnya tengok pasangan ni.. Alhamdulillah, semoga berkekalan kasih sayang ini hingga ke syurga.. “
” That’s really beautiful.. Still having so much love between the both of them.. Amazingg loving couple… May their marriage last till eternity, InsyaAllah Aamin.. “
” Suka tngok mcm ni dari mula berumah tngah hingga ada anak cucu masih mcm ni kasih sayang tepudar semoga sehat2 meraka berdua..”
” MasyaAllaah TabarakAllaah.. Another surprise drpd isteri tercinta dan bakal menantu dikasihi.. Bella memang mantap amek video.. “
” Masya Allah… Loving couple.. Semoga Allah berikan kesihatan yg baik selalu dan kebahagiaan yg berpanjangan buat abuyah and mama.. “
” Alhamdullilah.. Tengok Abuyah nmpk YBSS ikut caranya semoga Abuyah dan mama berkekalan smpi Syurga.. Aamiin.. “
” Allhamdulilah semoga Sihat2 Selalu Abuya.. Happy Birthday.. Semoga Berbahagia Till Jannah Aamiin .. Sweet Couple.. “
Kasih sayang dan kemesraan antara ibu bapa YB Syed Saddiq ini boleh menjadi contoh kepada pasangan di luar sana. Semoga pasangan ini terus diberi kesihatan yang baik, dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan dan menjadi inspirasi buat generasi muda dalam membina keluarga yang harmoni serta penuh kasih sayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG primavalet
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Akhirnya, Jep mention Shuib. Tiba rasa bergetar bila dia sebut nama Shuib. Sungguh aku rindu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tengok muka Amira macam 1st time kan marah Fattah ni.. ” – Bell Ngasri
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku mak yang gagal pertahankan anak. Kalau ada apa-apa terjadi pada aku, biar anak aku.. ” – Ibu Puteri Balqis
-
Artis / Selebriti5 days ago” Finally Bella sendiri beritahu apa isi sampul envelope putih YB Saddiq tu. Kan betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aiyokkk Tokwi dah bunyi. Bapak sound halus je, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Padahal dia lagi muda dari Neelofa tapi kematangan PU Riz tu, MashaAllah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Aku bayar mahal-mahal pergi salon, Erra juga dapat nama.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti5 days ago” Congrats Ayda for the 3rd baby. Cantiknya nama baby Ayda.. ” – Komen Netizen

