Artis / Selebriti
” Berani eh Nabil ajar Tok Ram baca doa. Sakit perut gelak, masuk air betul.. ” – Komen Netizen
Video aksi berani Nabil Ahmad menyakat Tok Ram ketika bersiaran di Gegar Vaganza buat ramai terhibur. Nabil seorang je yang berani gurau kasar macam ni. Tok Ram pun makin sporting dan kelakar..
Nabil Ahmad dan Dato’ Ramli MS atau lebih mesra dengan sapaan Tok Ram sudah bekerjasama dalam program realiti TV, Gegar Vaganza sejak musim pertama lagi. GV sudahpun memasuki musim ke 11 dan mereka sangat akrab seperti anak dan ayah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Gegar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Nabil menyakat Tok Ram di konsert GV semalam. Sewaktu Nabil, Sherry dan kru produksi membuat kejutan sempena hari lahir Datuk Syafinaz, Nabil tidak melepaskan peluang untuk mengenakan Tok Ram.
Kata Nabil, sebagai orang yang paling tua Tok Ram harus membacakan doa untuk Datuk Syafinaz. Nabil juga mengomel mengatakan tidak pernah mendengar Tok Ram mengaji. Tok Ram yang cukup masak dan memahami perangai Nabil tergelak sahaja.

Riuh suasana dengan gelak ketawa semua melihat Nabil dan Tok Ram. Bonda Hetty juga tidak terkecuali daripada terkena usikan Nabil. Berani sungguh Nabil cuba mengajar Tok Ram membaca doa. Nabil memang satu dalam sejuta, hanya Nabil yang berani membuat Tok Ram seperti ini.
Jom tonton video di bawah :
(Klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@cinemagicmy Nabil & Sherry ni ada je kan🤣 #GegarVaganza #GV11 #GegarVaganza11 #GegarVaganza2024 #sembangentertainment
@remaja.my Amboii nakalll Nabil & Sherry usik Tok Ram. 😜 ANYWAY Happy Birthday Datuk Syafinaz! 💖💖 #majalahremaja #remaja #remajamalaysia #gegarvaganza #syafinazselamat
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 100 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amboi nakal Nabil dan Sherry mengusik Tok Ram.. aduhhhh lahhh Nabil ni sakit perut duk gelak masuk air betul.. “
” Berani eh Nabil ajar Tokram baca doa untuk Toknaz . Tapi Nabil je yang boleh buat gini kat Tokram.. ”
” Happy birthday tok naz, sentiasa cantik.. Nabil dan Sherry ni ada je kan haha.. Nabil you are the best GV host.. “
” Nabil dan Tokram kan bestfriend for ever and ever haha.. Tak baik tau Nabil buli orang tua haha.. “
” Nabil ni kekadang terpaling over tapi menghiburkan kalau tidak gegar vaganza jadi suram la.. “
” Nabil ni kan, dia sorang je boleh kenakan Tokram macam ni. Siapa je yang berani dengan tokram, seram weh. tokram pun makin lawak sekarang.. “
” Lawak betul Nabil ni. boleh pulak dia ajar tokram baca doa haha.. tokram pun masak sangat dah dengan perangai Nabil.. “
Berani sungguh Nabil bergurau seperti itu dengan Tok Ram yang sering dilihat berwajah serius. Maklumlah Nabil sudah lama rapat dengan Tok Ram. Walaupun ada kalanya nampak seperti bergurau kasar tetapi sebenarnya mereka saling menyayangi seperti ayah dan anak. Nabil jangan macam-macam, risau nanti Tok Ram pula yang mengejar Nabil seperti Bonda Hetty lakukan, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Gegar.my, IG Majalah Remaja, Tiktok Cinemagicmy, Tiktok remaja
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” YB confess secara terbuka, memang luar jangkaan betul ni. Aww tak sabarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Erra Fazira ini dia seorang yang sukar.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti4 days ago” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Impian Erra sedih la, Mr E pun nampak berubah wajah dengar impian Erra tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Lu buat gua sedih dong Pa. Adoh, lagi kerja ni.. ” – Beatrice
-
Artis / Selebriti7 days ago” 10 kali ulang part Mr. E kena ‘giler’ dengan Erra, haha. Nampak sangat Erra selesa dengan Mr. E.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Being a mualaf taught me this. I felt awkward, I felt guilty.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kelakar betul lah Mr E, tak kering gusi dibuatnya. Mr E ni unpredictable tapi fun.. ” – Komen Netizen

