Artis / Selebriti
” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
Perkongsian video oleh MUA terkenal Indonesia, Lucky Hakim remake makeup ala-ala Dato’ Seri Siti Nurhaliza buat ramai teruja. Wah cantik dan kemas, sebijik macam Tokti..
Lucky Hakim merupakan seorang jurusolek artis terkenal yang berpusat di kota Bandung, Indonesia. Banyak video solekan yang dihasilkan oleh Lucky ada dikongsikan di media sosialnya untuk tatapan wargamaya. Selain remake makeup ala-ala artis Indonesia, Lucky juga memilih gaya makeup beberapa orang selebriti Malaysia terkenal.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Lucky Hakim9, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Lucky cuba remake solekan biduanita negara dan penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Lucky juga ada meninggalkan kapsyen berupa pertanyaan sama ada makeupnya itu berjaya atau tidak.
Lucky menggunakan khidmat model bernama Silma yang mana wajah aslinya ada sedikit persamaan dengan wajah DS Siti. Wajah Silma sebelum disolek dan selepas selesai disolek ditunjukkan dalam video tersebut. Hasilnya sangat mengagumkan warganet yang menontonnya.

Ramai memberikan komen mengatakan wajah Silma selepas disolek saling tak tumpah seperti wajah DS Siti. Bahagian mata adalah bahagian yang dikatakan paling serupa. Solekan Lucky memang gempak dan boleh diberikan pujian. Ada juga yang tag akaun Instagram DS Siti supaya DS Siti menonton video ini.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Belom mekap pon dah macam dato siti.. sekali mekap, fuhhh cantik betul.. siti versi kurus sikit.. “
” Masya Allah mirip betul dengan tokti.. sebelum makeup tu pun dah macam muka tokti.. cantik sangat makeup, kemas.. “
” So pretty, love the makeup.. Wah dato’ seri siti masa muda lah… cantik sangat.. congratulations Lucky Hakim.. tangan seni betul ni..
” Sama betul dengan muka tokti.. fuh makeup tak pernah gagal.. love gile tengok makeup dia ni.. “
” Cantiknya.. tokti tengok ni, cantik kan.. mantap arhhh.. memang nampak nak sama dengan tokti.. “
” Dato’ Seri Siti Nurhaliza versi AI.. macamana boleh sama sampai macam ni sekali eh.. macam kembar pun ada.. “
” Hampir sama, part mata paling ngam.. tengok mata memang ingat tu tokti.. cantik sangat sangat.. suka tengok makeup kamu.. “
Sentuhan magic oleh Lucky yang tidak mengecewakan dan membuatkan para peminat biduanita negara teruja melihat akan hasilnya. Hampir sama wajah modelnya setelah disolek dengan keayuan DS Siti. Tahniah Lucky dan teruskan berkarya menghasilkan lebih banyak solekan yang hebat sebegini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lucky Hakim9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini bukan Jodoh Lebaran, tapi menguji kesabaran.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cramp perut ketawa tengok YB dengan Ayden. Nampak macam jentik-jentik di situ, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ibu, anak perempuan you bagi I duit raya untuk pertama kalinya. Umur dia baru 13, tapi.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti7 days ago” Pecah perut aku ketawa. Tak boleh bawa Mr E masuk game show gini. Confirm kalah awal-awal, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
-
Artis / Selebriti5 days ago” First time dengar suara Tok Ram nyanyi weiii, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen

