Artis / Selebriti
” Bell bab mengusik orang nombor 1. Kau Bell, jangan buat Ajai jadi gila macam kau juga, hehe.. – Komen Netizen
Video Bell Ngasri mengusik Fattah Amin dan Amira Othman ketika di luar negara buat ramai terhibur. Memang tak boleh serius kalau ada Bell ni. Ada je perkara kelakar dibuatnya. Tak pasal-pasal abang Ajai pun terlibat sekali, hehe..
Meninjau ke akaun Instagram Bell Ngasri, satu video telah dikongsikan oleh Bell telah membuatkan ramai peminat berasa terhibur. Menerusi video tersebut, Bell mengusik Fattah Amin dan Amira Othman yang sedang khusyuk menghafal skrip.
Sejak mendirikan rumahtangga, Fattah dilihat semakin memilih untuk bersikap lebih tenang dan kurang mencampuri urusan orang sekeliling. Perubahan itu ternyata mencuri perhatian rakan-rakan terdekatnya, termasuk Bell yang tampil mengusik keadaan tersebut dengan nada berseloroh.
Bell berkongsi momen lucu bersama komposer Ajai, ketika mereka ‘mengacau’ pasangan Fattah Amin dan Amira Othman yang sedang sibuk berbincang. Gelagat mereka diibaratkan seperti budak-budak nakal yang sengaja mencari perhatian pasangan bercinta, sekali gus mencetuskan suasana ceria dan penuh gelak tawa.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Pada ketika ini mereka berada di luar negara atas urusan kerja. Bell sememangnya sangat rapat dengan Fattah dan Amira kerana bekerjasama sejak mereka belum berkahwin lagi.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen dipenuhi dengan emoji ketawa kerana berasa terhibur. Antara komen-komen lain yang diberikan oleh netizen :
” Kesian bang bell tkde partner haritu ipan yg temankan, kami mmg suka abg bell pegi sana.. Nasib baik ada cik ajai teman. Kalau dah sunyi laaa.. “
” Habis lah kena bahan dgn Bell lepas ni …sebelum ni berlakon sebagai rakan sekerja kali ni dah jadi rakan serumah, Abg Bell kalau x menyakat tak sah kan .. “
” Abg bell watak kali ini lurus atau tak lurus. nk dkt puasa ni mmg slu nama bell ngasri naik…xkn syaaban pun nk naik nama kaki sakat pulak hehehe.. “
” Dengar juga Mira bell cakap,ingat kn litup mcm tu tak dengar. Dari sblum rapat, rapat n kahwin.. Bell sentiasa ada.. kcu daun betholl.. “
” Hahaha abg bell bab mengusik org no 1. Ko Bell jgn buat ajai jd gila mcm ko jgk. Hahahha lawak bang bell ni ngusik kak long.. “
” Haha bell mengacau aje ya . Bell klu x kacau org ,x senang jiwa. Abg bell dari dlu watak bdk nakal kena dgn kau bang.. “
” Ajai ni layak jadi juri gv yg lain bole retire. Bell tmpt saya cari imam teraweh. Ajai kena belajar dgn fatah. haha kelakar.. “
Seronok apabila mempunyai rakan yang bersikap kelakar dan menghiburkan. Semoga persahabatan mereka ini terus kekal mewarnai kehidupan, sambil kebahagiaan rumahtangga Fattah dan Amira terus diberkati serta dipenuhi momen manis yang mengukir senyuman buat semua.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti3 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

