Artis / Selebriti
” Beberapa kali atok tengok Thalita, sambil menahan sebak di dada. Arghh aku yang nangis.. ” – Komen Netizen

Perkongsian Makder reaksi wajah Raissuddin Hamzah ketika Thalita menangis sewaktu menyanyi lagu Kesetiaan di Bukit Bintang buat warganet sebak. Sayunya tengok wajah Raissuddin, sedih sangat tengok..
Walaupun sudah 3 tahun berlalu semenjak pemergian Siti Sarah Raissuddin, namun kehilangannya masih terasa sampai ke saat ini. Patah tumbuh hilang berganti, kerinduan peminat terubat apabila anak perempuan Siti Sarah, Thalita kini mula berjinak dalam dunia seni suara.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Suciuwais, telah dikongsikan reaksi Raissuddin sewaktu Thalita membuat persembahan busking di Bukit Bintang beberapa hari lalu. Nyanyian Thalita terhenti ketika Thalita sedang mendendangkan lagu hits ibunya berjudul Kesetiaan.
Semua penonton malah team 3 Pagi Era yang berada di situ turut sebak dan ada yang menangis melihat air mata Thalita. Makder sempat merakam secara dekat reaksi Raissuddin dan ianya meruntun jiwa semua. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Ayah mana yang tidak merindui anaknya, apatah lagi melihat cucunya mula mewarisi bakat dan jiwa persis Siti Sarah. Wajah Raissuddin yang menahan sebak itu membuatkan warganet tersentuh hati. Bergenang mata Raissuddin, namun tetap cuba kuat demi memberi kekuatan buat cucu tersayang.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Dgn2 kita sebak. Terlihat Seorang Ayah Sangat Merindui Seorang Anak Perempuannya.. Perpisahan paling berat adalah perpisahan yang pergi x akan kembali lagi. Al-Fatihah Arwah sitisarahraissuddin.. “
” Beberapa kali atuk tgk thalita.. Sambil menahan sebak di dada.. Xboleh lahhh tgk… mesti nangis.. hilang anak perempuan tp Allah hadirkan cucu perempuan mirip mcm arwah anaknya.. “
” Nmpk sgt Atok Raisuddin tgh menahan sebak dan bimbang melihat cucu menangis. Kuatnya Atok.. “
” Sempat odey capture moment ni. terintai2 jgk reaction abah masa dekta nangis. Ya Allah sedihnya tengok abah siti sarah.. “
” Kuat nya Atok Thalita Ayah arwah Sarah berada dlm keadaan ini… menahan sebak. Dulu ajar anak nya sekarang cucu pula … bukan mudah utk seorg bapa lalui keadaan ini.. you are the best daddy and atok … kuat demi org tersayang.. “
” Sedih tgok muka Ayah arwah Sarah sndr lg memahan sebak di dada.. tidak semua lelaki akn jadi resah gini even klu situasi yg sgt getir pun…. FULL RESPECT UTK ATOK RAISUDDIN.. “
” Alaaa Makder.. buat kami banjirrrr lg.. dari jumaat smpai laaa skrg.. mmg tiba2 bengkak je mata.. seorang Ayah yg rindukn anaknyer..kuatnyer atok thalita..memnahan sebak.. “
” Inilah maksud kesetiaan sebenar-benarnya.. raut wajah kerinduan seorang ayah pada anaknya yang telah pergi selamanya.. kita yang tak kuat tengok ekpresi wajah atok.. ”
Hati mana yang dapat menahan kesedihan melihat wajah Raissuddin ketika ini. Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata namun ekspresi wajahnya itu menggambarkan perasaan yang bercampur baur dalam diri Raissuddin. Semoga Raissuddin dikurniakan kesihatan dan umur yang panjang untuk sama-sama berjuang bersama Thalita.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Suciuwais
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia buat steward tu dah macam member-member dia je. Tu yang paling kelakar tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Menyatakan saya berhias, wife pun bersiap-siap tapi Tiara selekeh, anak tak terurus.. ” – Achey
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Kening tu memang berubah 360 darjah. Amazing sangat lah, berubah muka dia, tak macam Irma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Dulu Eizlan Yusof dah handsome dah, tapi anak dia lagi handsome.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Wah menurun ke Aafiyah lah suara ibu dia. Sedap dengar, lemak merdu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Fuhh, padu betul suara adik ni. Sekali dia tarik memang ada tone Ziana Zain lah beb.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Habis kalau dia kahwin dengan saya, siapa nak jadi bodyguard Dato’ ? ” – Zizan Razak
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Mesti masa ni Spacedollah dan Mama YB gelak guling-guling. Lurus betul weh, haha.. ” – Komen Netizen