Artis / Selebriti
” Beberapa hari lagi nak jadi isteri orang, saya doakan.. ” – PA Erra Fazira
Perkongsian pembantu peribadi (PA) Erra Fazira sempena majlis perkahwinan Erra tidak lama lagi menyentuh hati ramai. Komen balas Erra pun touching baca..
Tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum Primadona Kesayangan Malaysia, Erra Fazira melangkah ke fasa baharu dalam hidupnya, satu ucapan tulus daripada pembantu peribadinya mencuri perhatian. Dalam hubungan kerja yang telah lama bertukar menjadi ikatan persahabatan, ucapan itu bukan sekadar kata-kata.
Ia hadir daripada hati yang benar-benar menyayangi dan memahami perjalanan hidup seorang insan bernama Erra Fazira. Sharenda Razak merupakan pembantu peribadi Erra yang sentiasa bersama Erra dalam kerjaya seninya. Ucapannya ini cukup menyentuh hati.
Sharenda meluahkan, selama ini suka duka Erra bukan hanya disaksikan dari jauh, tetapi dirasai bersama. Ucapan PA Erra Fazira ini bukan saja menjadi bukti setia dan sayang yang tidak berkira, tetapi juga simbol bahawa selebriti sepertinya pun memerlukan seseorang yang benar-benar memahami mereka.

Menjelang hari bahagia Erra Fazira, ucapan ini menjadi salah satu warna paling indah dalam perjalanan hidupnya. Perkongsian ucapan penuh makna ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom lihat perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN -> untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Alahai jangan sedih kakak awak takleh keje tanpamu di sisi .. Awak baik wak awak jaga kan kak erra yg kita sayang ni sebaik baik nya muach ciked.. “
” Semoga segala perancangan di berkati dan di rahmati Allah swt buat errafazira so happy for her! bahagia sehingga jannah moga moga amin ya rabal alamin.. “
” Alaaaaaa caption diaaaa Sweetnyaaaa tp sebak plakkk…. Kalau perlukan boss baru lepas ni roger sy ye. Kerja ngan sy mudah sy tak marah2 dan tak kerja sampai lewat malam.. “
” Ehh sedih plak bca caption dia.. Indra ikhlas tulisan hang ni sampai ke mata ayaq sedih tu sampai wey ku pun turut sedih wahai sahabatku.. “
” Terima kasih kerana selalu menjaga kak erra.. sebagai peminat errra rasa gembira juga sedih brcampur.. tidak sabar juga.. “
” Ala ayat ni sedih, semoga korang ttp akan jd kwn baik smp akhir hayat.. terima kasih kerna selalu jaga erra….artis yg saya mula minat bermula putus tunang dgn Awie.. “
” PA erra yang terbaik..selalu bersama primadona kesayangan ramai ini. semoga segala urusan dipermudahkan buat erra.. “
Erra juga turut memberikan komen :

Kami di Berita Kopak mendoakan semoga majlis Erra dipermudahkan, berjalan dengan penuh rahmat dan menjadi permulaan kepada bahagia yang tidak putus-putus. Semoga jodoh Erra kali ini berkekalan hingga ke syurga dan bahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sharendarazak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedihnya baca perbualan ni, tersusun je kata-kata arwah kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti19 hours ago” Comel je Talita jadi jurucakap mommy dia, slang tu yang very catchy tau.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” AllahuAkhbar, indah aturan Dia. Sedihnya tengok video ni, dua-dua dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari kejadian comel ye masing-masing. Saham abang Jep dan kak Sari untuk ke syurga.. ” – Komen Netizen

